Tuesday, March 22, 2011

Insuran kenderaan TINGGI, Sokong lagi Umno



Nak ambil lesen memandu kereta atau motosikal susah, mahal pula tu. Sekarang ni insuran kenderaan pula semakin tinggi dan tinggi dan tinggi. Tak payah pakai insuran/takaful dan cukai jalanlah nampaknya. Lepas ni banyaklah TIP untuk elak saman ekor, guna nombor plet kenderaan lain, rosakkan nombor plet dsbnya. SOKONG LAGI UMNO! Rakyat Didahulukan !







Sunday, March 20, 2011

Ribut di DUN Kubang Rotan

Kuala Kedah – Sekurang-kurangnya 20 rumah rosak teruk akibat dipukul ribut yang melanda beberapa kawasan di DUN Kubang Rotan, di sini,
Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Baru Tambak Bunga, Tmn Samudra dan beberapa kampung lagi.
Kuala Kedah.com difahamkan, penduduk yang menjadi mangsa bencana itu terpaksa menanggung kerugian yang
tinggi akibat kerosakan yang dialami kediaman mereka.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa turut meluangkan masa
melawat semua mangsa-mangsa ribut dan meminta semua mangsa membuat laporan polis agar dapat dipanjangkan
Ribut jengah Guar Kepayang kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Setar.



Wednesday, March 16, 2011

DOA SEORANG IBU MISKIN



Semasa kerajaan Bani Umaiyah berkuasa di bawah pemerintahan Khalifah Mu'awiyah  bin Abu Sufyan, terdapat seorang janda daripada keturunan Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam. Dia mempunyai tiga orang anak perempuan yang masih  kecil dalam  kedaaan hidupnya sangat dhaif dan menyedihkan.



Pada suatu hari anak-anaknya menangis tidak berhenti-henti, kerana tidak tahan  lagi menanggung kelaparan. Sudah puas ibunya memujuk menyuruh  bersabar namun anak-anak itu terus menangis dengan kuatnya.



"Tunggulah sampai besok nak, nanti ibu akan pergi ke pejabat kadi bertemu tuan hakim meminta sesuatu daripada harta Baitulmal' mudah-mudahan dia menghulurkan sedikit bantuan untuk kita. " Ujar ibu itu berjanji mengharapkan  anak-anaknya akan diam.



Maka pada keesokan harinya, pagi-pagi lagi ibu tadi beserta anak-anak itu datang ke pejabat tuan hakim. Setelah agak lama menunggu, barulah tuan hakim datang. Melihat ibu  dan anak-anak kecil berada di hadapan pejabatnya, tuan hakim bertanya :



"Ada apa kamu sekalian menunggu di sini ?"



"Tuan Hakim ! Kami sudah lama tidak menjamah makanan. Saya sendiri bolehlah tahan, tapi anak-anak kecil ini tidak sanggup menahan lapar, jadi kami datanglah ke mari moga-moga Tuan dapat memberikan sedikit sedekah kepada kami." Kata ibu tadi mengharap belas kasihan daripada tuan hakim itu.



"Baiklah, hari ini kembalilah dulu ! Besok aku akan berikan kamu sesuatu," tegasnya.
Wajah ibu itu ceria sedikit bila mengetahui bantuan yang diharap-harapkan itu akan diterimanya esok. Tapi bila memikirkan keadaan anak-anaknya yang sedang kelaparan itu maka timbul di hatinya untuk merayu kepada tuan hakim itu supaya bantuan itu diberikan pada hari itu juga.



"Tuan Hakim ! Terima kasih banyak di atas pertimbangan Tuan yang baik itu, tapi alangkah baiknya kalau bantuan itu diberikan sekarang ini juga kerana anak-anakku sedang kelaparan." Ibu itu merayu.



"Sudahlah, bukankah aku sudah katakan besok saja, aku baru saja datang, takkan hendak menyelesaikan urusan kamu dahulu. "Sergah tuan hakim sambil minta si ibu itu keluar dari biliknya.



Ibu itu menarik tangan anaknya untuk pulang, namun anak yang tidak  mengerti itu lebih kuat lagi tangisannya kerana dillihatnya tidak ada sesuatu yang diberikan oleh tuan hakim itu.



Tuan hakim tak bagi kita apa-apa ibu? "Tanya anaknya yang agak besar itu."



"Tuan hakim sibuk hari ini nak, besok dia akan berikan sesuatu kepada kita." Pujuk si ibu.



Pada malam itu dia terpaksa mencari jalan untuk mententeramkan anak-anaknya agar tidak terus menangis  dan meyakinkan bahawa mereka pasti dapat bantuan daripada harta Baitulmal pada keesokan harinya. Namun anak-anak yang belum faham itu terus bertanya  kenapa mesti kena tunggu besok kalau tuan hakim betul-betul mahu bantu. Bagaimanapun akhirnya mereka semua tertidur di dalam keadaan perut yang kosong.



Pada keesokan paginya , ibu itu pergi seorang diri ke pejabat tuan hakim sementara anak-anaknya ditinggalkannya di rumah.



"Assalamualaikum Tuan Hakim, " ibu itu memulakan bicaranya.



"Ah, pagi-pagi buta begini engkau sudah sampai ke mari, ada apa ? "Bentak tuan hakim pura-pura bertanya.



Bukankah Tuan Hakim suruh saya datang hari ini kerana bantuan yang Tuan janjikan iru ? Kata ibu itu.



"Bantuan yang aku janjikan ? Eh... aku tak pernah berjanji kepada sesiapa pun." Kata tuan hakim dengan nada sombong.



"Bukankah saya yang datang kelmarin dengan anak-anak dan Tuan hakim menyuruh...."



Belum sempat ibu itu menghabiskan bicaranya untuk mengingatkan tuan hakim tentang janjinya, tiba-tiba tuan hakim dengan nada keras dan suaranya yang tinggi memerintah   pengawalnya.



"Hei pengawal ! Halau perempuan ini dari sini."



"Wahai Tuan hakim! kenapakah tuan bersikap zalim begini ?" Kata ibu dengan marah.



"Ah.... pergi saja dari sini, jangan bising-bising, buang masa  saja." Perintah Tuan hakim.



Dengan penuh perasaan malu, ibu itu keluar dari pejabat tuan hakim sambil menahan tangisannya. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya rendah dan hina seperti seorang pengemis yang sudah tidak punya pendirian lagi. Dia tahu dirinya dari keturunan mulia, dari anak cucu Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam yang mesti menjaga harga diri.



Ibu itu cepat-cepat meninggalkan tempat itu dengan fikirannya yang berkecemuk memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya.



"Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu di rumah ? Aku katakan tuan hakim itu telah memungkiri janjinya ? Manalah anak-anak kecil itu tahu alasan-alasan seperti itu. " Bisik ibu itu di dalam hatinya.



Dia kemudian memesongkan  kakinya ke haluan jalan di mana terdapat sederetan rumah-rumah buruk yang sudah tidak berpenghuni lagi dan duduk di salah satu anak tangga di situ. Dia terus menangis sekuat-kuat hatinya sambil mengeluh : "Wahai Tuhanku! Apa yang akan aku katakan kepada anak-anakku yang sedang menunggu?  Aku tidak sanggup lagi melihat mereka menangis kerana kelaparan. Aku tidak dapat menipu mereka lagi dengan alasan-alasan yang tidak benar ! Tuhanku ! Berilah aku jalan keluar daripada kesempitan ini! Aku sendiri pun sudah tidak larat lagi menanggungnya, apatah lagi anak-anakku yang kecil yang belum tahu apa-apa pun!" Ibu itu mengadu kepada Allah.



Ibu  itu terus menangis dan merintih mengenangkan kesempitan hidupnya yang selalu sangat di dalam kelaparan dan dipandang hina oleh masyarakat setempat.



Sedang dia menangis tiba-tiba lalu dihadapannya dua orang pemuda yang kebetulan tadi 
sempat mendengar keluhan dan tangisannya, lalu menegur.



"Wahai ibu, jangan takut.... kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya pemuda itu.



"Wahai orang muda, kamu siapa ? Dan kenapa kamu datang ke sini ? "Ujar ibu itu pula sambil mengesatkan airmata dengan tangannya.



"Nama saya Saiduq, berbangsa Nasrani dan beragama Masihi. Semua orang kenal saya di sini, dan ini pengawal saya. "Kata pemuda itu sambil menunjukkan pengawalnya.



"Saiduq, saudagar Nasrani yang kaya raya itu ke ? "Tanya ibu itu yang pernah mendengar cerita tentang kekayaan Saiduq sebelum ini.



Kenapa ibu menangis di sini ? "Tanya Saiduq tanpa menghiraukan pertanyaan ibu itu.
Tak ada apa-apa. "Jawab ibu itu cuba menyembunyikan.



"Tak ada apa-apa takkan menangis ? Cuba ceritakan ! "Desak Saiduq lagi.



Setelah didesak berkali-kali akhirnya  ibu itu pun menceritakan nasibnya  yang malang itu dan bagaimana dia hidup menderita kesusahan menanggung tiga orang anaknya yang masih  kecil. 



Diceritakan juga apa yang berlaku di antaranya dengan tuan hakim yang sombong itu.
"Saya faham, ibu jangan menangis lagi ! "kata Saiduq.



Kemudian Saiduq menyuruh perempuan itu kembali dulu ke rumah dan menunggu bantuan yang akan dikirimkan kepadanya lalu memanggil pengawalnya dan berkata :



"Pengawal ! Berikan perempuan itu seribu dinar (nilai yang sangat tinggi waktu itu). Kemudian belikan dia dan anak-anaknya pakaian dan segala keperluan rumahnya sekarang juga! "Perintah Saiduq.



Ibu itu terkejut melihat seorang Nasrani yang  begitu murah hati terhadap orang yang susah  dan menderita  sepertinya. Dia tidak dapat mengatakan betapa terima kasihnya terhadap orang yang bertimbang rasa itu. Meskipun dia bukan seorang muslim, namun dia tetap seorang manusia yang mempunyai perasaan terhadap insan yang lain.



Orang suruhan Saiduq itu segera pergi ke pasar untuk membeli makanan, buah-buahan dan segala keperluan dapur yang diperlukan oleh sebuah rumah,  di samping pakaian untuk ibu dan anak-anaknya. Kesemuanya disampaikannya pada hari itu juga.



Anak-anaknya bergembira melihat barang-barang yang belum pernah dilihatnya seumur hidup. Ibu itu juga turut gembira, dan mulai hari itu  dia tidak menangis  lagi. Dalam tangannya sudah ada serbu dinar yang cukup untuk menjamin hidupnya  dua atau tiga tahun lagi.



"Sampaikan salam ku kepada Saiduq serta ucapan terima kasih banyak kepadanya",  kata ibu itu kepada pengawal tersebut.



Kemudian ibu itu pun berdoa kepada Allah: "Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Berikanlah  si Saiduq itu taufiq dan hidayat  untuk memeluk Islam, dan berikanlah dia daripada kenikmatanMu di syurga!"



Sementara itu pada suatu malam tuan hakim yang sombong itu telah bermimpi melihat seolah-olah dia sedang  berada di Hari Kiamat. Manusia terlalu sibuk waktu itu, masing-masing mencari perlindungan mengikut amalan di dunia.  Tuan hakim dibawa malaikat menuju ke syurga. Kemudian di dalam syurga itu dia dibawa masuk ke dalam sebuah gedung besar yang tinggi, indah permai penuh dengan ukiran mas merah, tingkapnya daripada mutiara putih yang berkilau-kilauan. Di suatu tingkap di situ berdiri sekumpulan bidadari yang bercahaya lebih terang daripada cahaya matahari, dan lebih menarik dan cantik daripada cahaya bulan.



Apabila tuan hakim tiba disitu, semua bidadari itu bertempik di mukanya: "Orang yang tidak tahu diuntung ! Orang yang dalam kerugian ! Dulu kami semua adalah kepunyaanmu, dan gedung ini pula adalah milikmu. Tetapi sekarang sudah bertukar, alangkah malangnya nasibmu. Semuanya ini, termasuk kami bidadari akan menjadi hak milik Saiduq, seorang  berbangsa Nasrani itu. Sekarang pergi dari sini, kami bukan hak milik kamu lagi. Tempat yang layak bagi kamu adalah neraka." Kata suara tempikan yang sangat dahsyat.



Kemudian tuan hakim itu dibawa pula ke dalam neraka, dan ditunjukkan tempatnya di situ. Pada saat itulah tuan hakim itu tersedar daripada mimpinya. Dia terperanjat  dan merasa takut sekali. Dia tidak dapat tidur pada malam itu sampai ke pagi  memikirkan mimpinya yang menakutkan itu.



Pada keesokan paginya, tuan hakim bergegas  ke rumah Saiduq. Saiduq  berbangga  kerana tuan hakim datang ke rumahnya.



Tuan Hakim masuk ke dalam rumahnya lalu bertanya: "Ada apa-apa tak kebaikan yang kau lakukan semalam? "Tanya tuan hakim.



"Saya memang suka membuat kebaikan," jawabnya. Kebaikan yang macam mana?
Tanya  Saiduq kembali.



"Kebaikan apa saja, cuba terangkan!"



"Malam tadi saya menjamu kawan-kawan minum arak, dan saya minum lebih sedikit, maka saya mabuk, saya tidak ingat apa-apa." Saiduq memberitahu tuan hakim.



"Aku tidak mahu tahu dosa yang kau buat itu, yang aku maksudkan kebaikan apa yang kau buat untuk orang lain, cuba ingat," tuan hakim naik darah.



Setelah diingati betul-betul maka teringatlah Saiduq bahawa beberapa hari yang lalu dia telah  menolong seorang perempuan dan anak-anaknya yang di dalam kesusahan dan kelaparan.



"Barangkali kebaikan yang aku lakukan  terhadap seorang perempuan yang mempunyai tiga anak kecil jika tidak salah aku! "terang Saiduq.



"Ya...ya, itulah dia "pintas tuan hakim tidak sabar. "Apa yang kau berikan kepadanya ?"



"Apakah salah, jika aku berikan sesuatu kepadanya ? "Tanya Saiduq lagi.



"Bukan begitu, tetapi aku hendak tahu, apa yang kau berikan kepadanya, dan bagaimana kau boleh bertemu dengannya", kata tuan hakim lagi.



"Oh.... begitu ! Baiklah, mula-mula saya jumpa perempuan itu di deretan rumah-rumah yang roboh sambil menangis. Saya kasihan kepadanya, tanpa diminta saya berikan makanan, pakaian dan segala keperluannya serta anak-anaknya,"kata Saiduq sungguh-sungguh.



"Itu sajakah yang kau beri? "Tanya tuan hakim lagi.



"Ada lagi, "Jawab Saiduq.



"Apa dia? "Tanya tuan hakim memaksa.



"Saya beri dia seribu dinar untuk keperluan hidupnya. Saya berikan itu kerana Allah, saya kasihan kepadanya dan anak-anaknya,"Saiduq cerita kesemuanya.



Tuan hakim termenung sebentar kerana mengenangkan peristiwa yang berlaku antaranya dengan perempuan itu sebelum ini. Dihatinya sungguh menyesal perbuatannya yang angkuh itu yang menyebabkan beliau diperlihatkan bakal kehilangan segala-galanya di akhirat kelak.



"Tapi, saya ingin tahu juga apa sebabnya tuan hakim datang ke rumah saya pagi-pagi begini semata-mata hanya hendak bertanya perkara ini ? "Tanya Saiduq menduga.



Tuan hakim masih termenung, kemudian tunduk. Pada wajahnya ternyata seperti  seorang yang sedang memikirkan sesuatu dan tampak sedih sekali.



"Begini Saiduq, malam tadi aku bermimpi yang sungguh menyedihkan. "Kata tuan hakim perlahan.



"Mimpi yang menyedihkan tuan ? "Saiduq  terperanjat "Tapi apa kena mengenanya dengan diri saya? Tanyanya lagi.



Tuan hakim tidak punya pilihan lain, terpaksa menceritakan segala yang berlaku di dalam mimpinya. Dia menceritakan segala gedung dan bidadari-bidadari di syurga nanti yang asalnya menjadi miliknya telah bertukar menjadi milik Saiduq kerana semata-mata kebaikan yang dilakukan itu kepada seseorang yang memerlukannya.



Mendengar cerita itu, gementerlah badan Saiduq dan dengan tiba-tiba dia menghulurkan tangannya kepada  tuan hakim, katanya :



"Tuan hakim ! Sekarang saksikanlah  ...... bahwa saya menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahwasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah, yang diutuskanNya membawa petunjuk dan agama yang benar."



Tuan hakim terpaksa menyaksikan keislaman Saiduq itu dengan hatinya sedih dan menyesal atas kelakuannya yang tidak berperikemanusiaan. 



Begitulah manisnya iman. Seorang Nasrani yang berbudi mulia, dengan doa seorang perempuan miskin saja, dia telah diberi Allah petunjuk menemui jalan kebenaran, lalu menjadi golongan ahli syurga.







Dipetik daripada kitab Mukhtashar Raudhur-Raiyahin
 karangan Al-`Allamah al-Yafi`i

..:: Linangan airmataku ::..




Bila mengingati insan sepertinya
Insan yang tak pernah ku bersua muka
Insan yang tak pernah ku gelak tawa
Namun tetap sentiasa di jiwa
untuk selama-lamanya

Linangan airmata buatnya
Bukan kerana sedih
Bukan kerana duka
Bukan kerana hiba
Bahkan kerana cinta
Cinta yang membara
pada insan yang bergelar hamba
yang sentiasa melutut pada yang Maha Esa

Ku cintakannya bukan kerana batang tubuhnya
Bukan kerana pangkatnya
Bukan kerana ketampanannya
Bukan kerana hartanya
Namun...demi Allah
akhlaknya yang terpuji lagi tinggi
menyentuh hati tersemat di sanubari

Ku kenalinya insan pejuang
Belum pun cecah usia belasan
Insan sederhana dihiasi senyuman
Lembut tetapi tegas
dalam menegakkan kalimah Tuhan
menyambung perjuangan Nabi akhir zaman

Wasiat dan nasihatnya tetap kan ku pahat
Tazkirah serta khutbah pasti kan ku ingat
Sebagai modal untukku bergiat
mengharungi dunia yang penuh maksiat
cabaran, dugaan dan cubaan
yang tak henti-henti datang melayang

Oh Tuhan...Ku harapkan padaMu
akan ada insan di masa kan datang
Yang mampu merempuh dunia fana
Yang sanggup merentasi lautan bergelora
Yang berupaya merealisasi Islam hendaknya
Yang mungkin menjadikan aku
berlinangan airmata untuk musim kedua

Oh Tuhan...Doaku padamu
Kurniakan aku hidup yang berkat
Hidup yang penuh dengan rahmat
Moga-moga kan ku dapat
bersatu, berjiran bersamanya di akhirat

Thursday, March 3, 2011

Apa guna lulus Al Azhar tapi tolak Islam

?’

PETALING JAYA:Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi menegaskan bahawa Hasanuddin Salim yang menjadi calon PAS kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau lebih baik dari calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad kerana beliau berjuang pada jalan Allah.

“Apa erti ada sijil (Universiti) Al Azhar tetapi bersekongkol dengan parti yang tidak mahu kepada Islam.

“Walaupun Hasanuddin bukan lulusan Al Azhar, cuma pelajar tempatan, beliau tetap lebih baik kerana berjuang dengan parti yang berkhendakan Islam,” kata Nasruddin kepada FMT ketika dihubungi hari ini.


Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas perbandingan kelulusan antara Syed Ibrahim dan Hasanuddin yang menjadi perbualan di Kerdau.

Syed Ibrahim berkelulusan Universiti Al Azahar dan merupakan bekas pegawai khas agama kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob manakala Hasanuddin pula berkelulusan Diploma Ukur dari Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam.

Baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga pengarah pilihan raya PAS Kerdau berkata, calon PAS tidak perlu mempunyai kelulusan dari Al Azhar.

Mengulas lanjut perkara ini, Nasruddin berkata, dari sudut kelulusan ia tidak semestinya dari Al Azhar sahaja.

“Apa yang penting calon mempunyai perjuangan agama (Islam) sebagaimana calon kita (Hasanuddin),” tegas Nasruddin.

Ketua Pemuda PAS itu juga menegaskan bahawa kempen PAS khususnya yang membabitkan Pemuda berbeza sedikit bagi disesuaikan dengan suasana di Kerdau.

Menurutnya, pengundi Melayu masih mengekalkan sokongan kepada PAS sebagaimana dalam pilihan raya umum 2008.

“Tidak benar mengatakan bahawa pengundi Melayu tidak lagi menyokong PAS tapi pengundi Melayu di kawasan Felda dan kampung Melayu tradisional dari dulu lagi menyokong BN,” tegasnya.


Free Malaysia Today

Lelaki 39 Isteri


oleh Ilhami Hisham pada pada 03hb Mac 2011 pukul 9.17 ptg
Ada seorang lelaki, Ziona Chana. Beliau manusia biasa macam kita juga. Tapi entah macam mana, takdir hidupnya, beliau memiliki 39 isteri.

Mereka tinggal bersama di rumah besar empat tingkat yang mempunyai 100 bilik. 
Hingga kini, Ziona memiliki 94 anak dan 33 cucu.

Isteri paling muda akan tidur kat dorm sebelah bilik Chana. Dia ada sistem giliran bila mana-mana isteri perlu tidur bersama di biliknya. 

Rinkmini, one of Mr Chana's wives who is 35 years old, said: 'We stay around him as he is the most important person in the house. He is the most handsome person in the village.


Gambar Ziona bersama 39 isterinya.



Kediaman mereka terletak di kawasan berbukit di kampong Baktwang di negeri Mizoram India.



Isteri-isterinya tidur di bilik seperti asrama (dormitories) dengan berkongsi bilik.



Ini gambar anggota famili berjumlah 181 termasuk adik-adik ipar.



Setiap kali masak untuk makan malam, mereka perlukan 30 ekor ayam, 132 lbs kentang dan 220 lbs beras. ( 1 lb bersamaan 0.45 kg).

Wednesday, March 2, 2011

Mereka ini bersyukur sebenarnya.

Bersyukur kerana Najib cukup prihatin dalam pemerintahan. Adil serta saksama.

Najib juga baik hati mendiskaunkan saman. Maka rakyat perlu bersyukur sebenarnya. Jangan melawan pemerintah. Ini adalah pemerintah yang adil.

Tahukah anda, saman yang anda bayar itu adalah untuk proses pembangunan negara? Tahukah anda? Anda patut berbangga dengan usaha murni anda sendiri setelah berjaya menyedekahkan harta anda untuk bayar saman tersebut. Jangan mengeluh.

Tak baik...







Contoh rakyat yang patriotik.

Orang PAS dan PKR tidak patriotik... 

Wahai Anak Tunaikan Amanah Ayah Mu,,Tuan Guru Haji Yahya Junid atau lebih dikenali sebagai Pak Ya Junid

Tuan Guru Haji Yahya bin Junid

Ditulis oleh pondokpakya
Khamis, 23 Julai 2009 10:54


Tuan Guru Haji Yahya Junid atau lebih dikenali sebagai Pak Ya Junid dilahirkan pada 3 Oktober 1911 di Kampung Selengkoh, Yan, Kedah.

Mula mempelajari Al-Quran daripada ibunya sendiri. Atas kehendak ibunya yang mahu beliau mendalami dan menguasai ilmu agama, beliau dihantar belajar di Sungai Bakap, Seberang Perai. Pada ketika itu ibunya sedang sakit. Oleh kerana beliau terlalu mengingati ibunya, beliau tidak sempat belajar di sana. Setelah ibunya meninggal pada tahun 1922, beliau diasuh oleh neneknya sehingga neneknya meninggal dunia di Mekah pada tahun 1923. Kemudian bapanya menghantar beliau ke rumah Lebai Faqeh dan belajar di Sekolah Melayu Titi Gajah. Beberapa bulan kemudian Lebai Faqeh telah kembali ke Rahmatullah lalu beliau pulang membantu bapanya mengerjakan sawah.

Untuk memenuhi permintaan ibunya, bapa saudaranya menghantar beliau berguru dengan Lebai Long di Pondok Chegar selama beberapa bulan kemudian beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Ghani di Tandop Pengkalan Kundur sehingga tahun 1930. Selepas itu beliau berguru dengan Sheikh Husin Nasir dan Tuan Guru Ahmad Tuan Husin di Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai.

Kemudian beliau pergi ke Kelantan dan menumpang di rumah Haji Ibrahim Tok Raja ( bekas mufti Kelantan ) berhampiran Masjid Muhammadi. Di sana beliau mengikuti kelas-kelas pengajian daripada ulama-ulama Kelantan yang masyhur seperti Tuan Guru Hj Ali, Tuan Guru Hj Saad, Hj Yaakob Langgar, Sheikh Abdullah Tahir, Sheikh Ahmad Kamuni ( bekas mufti Kelantan ) dan ramai lagi ulama yang sempat beliau berguru.

Pada Tahun 1936 beliau pulang ke Kedah dan berkahwin dengan Zawiyah bt Hashim dan kemudian ke Mekah pada tahun yang sama. Sekembalinya ke tanah air beliau telah melibatkan diri dalam bidang pendidikan dan menyertai umno untuk menuntut kemerdekaan. Selepas 17 tahun terlibat, beliau membawa keluarganya ke Mekah untuk belajar d sana selama setahun.

Jasa Mengembangkan Ilmu Agama

Bermula di sebuah madrasah yang dibina oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin pada tahun 1942 yang pada ketika itu hanya terdapat 14 orang pelajar sahaja. Pada yang sama, beliau telah diuji oleh Allah dengan kematian 2 orang anak serta isteri tersayang.

Kemudian beliau dijodohkan pula dengan Hajjah Maryam Hj Taib iaitu Anak Saudara Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Husin. Isterinya yang kedua mahir serta berkebolehan dalam bahasa arab turut menjadi tenaga pengajar di situ.
Pusat pengajian tersebut yang diusahakn beliau seakin berkembang serta mendapat perhatian banyak pihak sehinggalah beliau berjaya menjadikannya sebagai sebuah pusat pengajian sepenuh masa yang diberi nama Madrasah Taufikiah Khairiah Halimiah seperti sekarang.

Selain menubuhkan madrasah tersebut, beliau turut mengasaskan penubuhan serta pembinaan Masjid Kampung Sungai Dedap dan Masjid Batu 17, Guar Chempedak.

Jasa dalam Perkembangan PAS

Pak Ya Junid terlibat secara langsung dalam penubuhan PAS pusat pada 24 november 1951 secara amnya. Secara khusunya beliau adalah Pengasas PAS Kedah.

Beliau telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama' PAS Kedah yang pertama sehinggalah beliau melepaskan jawatan tersebut kepada menantu beliau Allahyarham Ustaz Azahari Abdu Razak pada tahun 1997 atas faktor kesihatan. Beliau juga pernah menyandang jawatan Yang Di Pertua PAS Yan ( sebelum dikenali sebagai Sala & Jerai ) dari tahun 1953-1999, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama' PAS Pusat, Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat dan Ahli Majlis Syura PAS Pusat.

Beliau juga pernah bertanding sebagai calon Parlimen Sik pada tahun 1959 dan Dewan Undangan Negeri Sala pada tahun 1964, 1974 dan 1978. Beliau menang di DUN Sala pada tahun 1974 dan 1978 ketika PAS berada dalam Kerajaan BN.

Jawatan dalam Kerajaan Kedah

Sebagai seorang tokoh agama yang amat disegani, peranan beliau amatlah diperlukan serta diiktiraf kerajaan. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah, Ahli Jawatakuasa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), dan Ahli Jawatankuasa Majlis Zakat Kedah.

Bagaimanapun atas ketegasannya mempertahankan kesyahidan As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 anak muridnya yang dibunuh dalam peristiwa berdarah Memali pada 18 november 1985, beliau telah dipecat dari ketiga-tiga jawatan tersebut. Turut dipecat ialah menantu beliau Allahyarham Ustaz Azahari Abdul Razak yang memegang jawatan Jawatakuasa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) pada ketika itu.

Hubungan dengan Sultan Kedah

Tuan Guru Yahya Junid mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Tuanku Sultan Kedah Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Tuanku amat menghormati beliau sebagai seorang ilmuan agama.

Ketika beliau sedang nazak di Putra Medical Centre (PMC), Tuanku Sultan telah meluangkan masa menziarahi beliau. Namun pada hari pengkebumiannya, Tuanku Sultan terpaksa menghadiri urusan rasmi di Kota Kinabalu tetapi Tuanku Sultan telah menghantar wakil peribadi baginda bagi mewakilinya pada hari pengkebumian tersebut.

Tuan Guru Haji Yahya Junid telah kembali ke Hadrat Ilahi pada 6 Ogos 2001 pada usia 90 tahun. Jenazah beliau telah disembahyangkan oleh 5000 lebih jemaah yang hadir diimamkan oleh Presiden PAS Dato' Hj Fadzil Mohd Noor.

Al-Fatihah………

Dicatat oleh Islam Iman & Ihsan di 2:50 PM

Asas Dalam Memahami Baia'h

Definasi Bai’ah

Bai’ah : بَيْعَة
1. Perjanjian untuk mencurahkan ketaatan dengan harga yang setimpal.
2. Perjanjian untuk memberi ketaatan.

Seseorang yang melakukan bai’ah berarti dia telah berjanji untuk mencurahkan ketaatannya, sekalipun ketaatan tersebut menuntut harta atau kepayahan atau jiwa selama hal itu dalam mencari keredhaan Allah SWT. (Rujuk Ibid)

Dalil dan Penjelasan Baia’ah Dalam Al Quran

Firman Allah dalam surat al-Fath ayat 10:

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Kemudian Allah samakan dengan isytara (membeli) sebagaimana firmannya dalam surah at-Taubah 111:

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآَنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Dalil Baia’h Dalam Hadis

”Dari Ubadah bin al-Samit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami ketika ia dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya:

“Berbai’ahlah (berjanji setia) kepadaku bahawa kamu tidak menyekutu Allah SWT dengan sesuatu yang lain, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak berbohong yang sengaja diadakan sama ada pada dirimu atau orang lain dan jangan kamu derhaka dalam perkara baik. Maka sesiapa yang setia dikalangan kamu maka ganjarannya disisi Allah, dan sesiapa yang terkena kepadanya amalan-amalan buruk lalu ia menerima tindakan hukuman di dunia maka menjadi kifarah baginya. Sesiapa yang terkena kepadanya dengan mengerjakan perkara-perkara itu kemudian Allah SWT melindunginya dari diketahui oleh orang di dunia ini maka tersershlah kepada Allah.Jika Ia kehendaki nescaya diampuniNya dan jika Ia kehendaki nescaya dihukumNya lalu kamu pun berbai’ah di atas perkara ini”
(Hadith Sahih: Imam al-Bukhari)

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah dari 'Ubadah bin Al-Samit yang menyatakan: "Rasulullah s.a.w telah memanggil kami, lalu kami pun memberi baiah kepada baginda kemudian 'Ubadah berkata:

"Di antara perkara yang diminta kami berjanji ialah; Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah s.a.w) dalam perkara yang kami sukai dan kami benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap ketua dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas."

Apa Yang Perlu Akhi Tahu Tentang Baia’h

1. Baiah adalah sunnah yang baik dan sahih
2. Baiah adalah wajib tetapi atas kerelaan tanpa paksaan
3. Setelah kejatuhan Khilafah pada 1924 ulamak wajibkan ummat Islam berbaiah kepada pemimpin gerakan Islam yang berjuang untuk kembalikan Khilafah.
4. Seseorang yang berbaiah mesti faham dengan jelas konsep, tuntutan, I’qab pelanggaran dan ganjaran daripada Allah apabila berbaia’h.
5. Tiada seorang pun dari kalangan khalifah melainkan dibaia’h oleh ummat Islam.

Contoh Baiah : 1. (Baia’h Aqabah I) 2. ( Baia’h Aqabah II) 3. (Baia’h Ridhwan)

1. Baiah A’qabah I (Baia’tun Nisa’) – tiada hal peperangan/ada seorang wanita
- Tahun 12 Nubuwwah (621M) / 10 Aus 2 Khazraj –( Muaaz bin Harith , Ubadah bin Shomit)
- Intipati Baiah Aqabah Pertama
#Tidak syirik/ #laksana perinta Allah/ #Tinggal larangan Allah.
- Nabi lantik Naqib – Musa’b bin U’mair

2. Baiah Aqabah II
- Tahun 13 Nubuwwah (622M) – 73 lelaki 2 perempuan dari Yathrib
- Intipati Baia’h Aqabah kedua
# Dengar & Taat dalam suka atau benci/ #Berinfaq dalam sempit atau lapang/# amar ma’ruf nahi munkar/# tidak peduli celaan orang kafir/ #Bela Nabi dan mempertahankan Baginda.

Rukun Baia’h ada 10 : Faham/Ikhlas/Amal/Jihad/ Tadhiyah/ Taat/Thabat/ Tajarrud/ Ukhuwwah/Thiqah (FIAJTTTTUT)

Syarat Baia’h : 1. Islam/ 2. Baligh/ 3. A’qil/4. Redha & atas pilihan

Baiah terbahagi kepada 2 :

1. Baia’h Inqadiy – Para wakil sahabat berbaia’h kepada Saidina Abu Bakar ( Perwakilan PAS berbaia’h kepada Presiden PAS)
2. Baia’h Taat – Para sahabat ramai berbaiah beri ketaatan kepada Saidina Abu Bakar (Ahli PAS isi borang sebagai ahli PAS)

Realiti dan Masaalah Sekitar Baiah

1. Dakwaan Baia’h tiada dalam Islam
2. Kurang Kefahaman Ummat Islam terhadap kewajipan berbaiah
3. Terlalu banyak gerakan Islam yang menyukarkan dan mengelirukan ummat Islam untuk berbaiah.
Sekian

Disediakan Oleh

(Ahmad Najhie Hayazi)
Pengerusi
Jabatan Pembangunan Remaja DPPNK

REALITI REVOLUSI DI YAMAN






Semalam penulis dan 2 orang kawan berkesempatan untuk pergi ke kedai buku Khalid Al Walid di hadapan City Mart, Dairy. Dalam perjalanan ke sana kami terpaksa melewati ribuan manusia yang berkampung di kawasan berkenaan sepanjang hampir 3 kilometer bermula dari persimpangan kedai buku Al Jadid sehingga ke persimpangan City Mart. Anggaran hampir 5 ribu manusia berada di kawasan itu dalam protes menggesa Presiden Ali Abdullah Salleh meletakkan jawatan.

Sepanjang perjalanan ke kedai buku penulis dan kawan2 tidak melepaskan peluang untuk melihat keadaan di sekitar tempat berkenaan yang banyak didirikan khemah untuk penginapan. Suasana yang berbeza dengan 2 hari lepas menyaksikan pertambahan luar biasa mereka di situ. Dalam perjalanan ke sana kami dikejutkan dengan bunyi kereta polis dari arah City Mart, penulis dan kawan2 terpaksa bergegas dengan cepat untuk sampai ke kedai buku memandangkan banyak kedai yang menutup pintu kedai apabila mendengar kehadiran polis ala-ala FRU, namun kami dihalang oleh pengawal keselamatan di situ bagi mengelakan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.Akhirnya kami mengambil jalan belakang untuk sampai ke kedai buku Khalid Al Walid.


Kesempatan menjual daun khat juga tidak ketinggalan


Bersila mendengar ucapan

Dalam kejadian yang berlaku semalam apabila kedengaran bunyi menandakan kehadiran polis, kami terdengar pula wisel yang memberi isyarat kepada penunjuk perasaan di situ tanda kehadiran anggota polis. Maka ramailah penunjuk perasaan yang berkumpul di persimpangan City Mart sambil melaungkan ungkapan '' Wahai ALI Turun - Turun '' dengan penuh semangat, dan sekali lagi penulis dan kawan2 tersekat dalam lautan manusia.

Syeikh Abdul Majid menegaskan bahawa protes atau tunjuk perasaan merupakan salah satu dari cabang jihad di mana kita dalam usaha '' Amar Makhruf Nahi Munkar ''. Menurut syeikh lagi kalau Presiden Ali Salleh sayangkan rakyat maka beliau harus akur dengan kehendak rakyat dan beliau perlu mengambil ikhtibar dengan apa yag telah berlaku di Tunisia, Mesir dan yang terbaru di Libya. Penulis juga mendapat maklumat bahawa rakyat disini hanya menanti kejatuhan Presiden Libya, dan ianya akan menjadi inspirasi dalam kebangkitan rakyat Yaman.

Semasa dalam perjalanan pulang pula setelah selesai urusan di kedai buku, kami berkesempatan mendengar ucapan beberapa pemimpin yang sedang memberi semangat kepada para penunjuk perasaan dan kedengaran suara seorang budak yang memberi ucapan dengan disambung laungan takbir. Penulis sempat bertanya tentang seorang yang telah terkorban pada hari kemarin dalam revolusi di Adden, dan jawapan yang diterima adalah benar, bahawa kemarin ada seorang yang terkorban. Menurut beliau ini merupakan sunnah dalam perjuangan sepertimana yang dilalui oleh para Anbiya' dan sahabat2 dalam menegakkan agama yang tercinta ini, menurut beliau juga Nabi S.A.W. sendiri pernah mengalami kecederaan dalam peperangan Uhud.

Semakin hari kami dapati semakin ramai yang mengikuti protes ini dan pada hari Jumaat kemarin bandar Diary digegarkan dengan himpunan ratusan ribu manusia dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Penulis mendapat maklumat pada 3 malam yang lepas 2 orang pelajar Malaysia telah terperangkap dalam keadaan tembak menembak yang berlaku diantara 2  pihak, namun   kedua - dua pelajar berkenaan selamat dan tidak mengalami apa2 kecederaan. Maklumat yang diterima juga pada malam yang sama tetapi di waktu yang masih awal 2 orang sahabat yang ke Dairy telah dipanggil oleh penunjuk perasaan disana dan diceritakan mengenai apa yang terjadi dan bakal terjadi seterusnya dibawa ke khemah yang menempatkan Abang kepada seorang yang telah tekorban dalam revolusi untuk memberi ucapan takziah.


Dilihat kini hampir setiap masjid  melakukan Qunut Nazilah disetiap rakaat terakhir dalam solat memohon kesejahteraan dan keselamatan dari ALLAH S.W.T. Oleh  itu marilah sama -sama kita mendoakan agar ALLAH menyelamatkan kita umat islam di dunia dan akhirat, semoga segala yang terjadi ini berkesudahan dengan baik. Kami juga memohon doa dari keluarga dan masyarakat Malaysia agar kami diberi pelindungan oleh ALLAH. Insyaallah sehingga kini keadaan masih lagi terkawal dan akan berahhir dengan cara yang baik sepertimana yang diharapkan oleh semua pihak insyaallah.


SUASANA SEKITAR REVOLUSI YAMAN















                                                     











 Antara khemah yang didirikan


















Wassalam.
Dicatat oleh Islam Iman & Ihsan di 7:02 AM 0 ulasan