Saturday, June 11, 2011

HIMPAK 2011' TEMA “ Mengembalikan Roh Amilin”

HIMPAK 11'




PENDAHULUAN
Himpunan Petugas Amal Kedah atau ringkas nya HIMPAK. Ia merupakan satu program bagi tujuan menghimpunkan sejumlah besar Amal dari seluruh Negeri Kedah.
Usaha ini bertujuan bagi mengembalikan kegemilangan dan seterusnya dapat memperkasa serta memperhebatkan Unit Amal Negeri Kedah. Tujuan program ini juga
adalah kerana menyambut baik harapan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri supaya menghidupkan Unit Amal di peringkat kawasan.
Program ini dikelolakan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Jabatan Amal Kedah

TEMA “ Mengembalikan Roh Amilin”

Objektif 
1.Menyuntik semangat baru kepada Anggota Amal Kedah
2.Memberi pendedahan dan ilmu Amal
3.Sebagai langkah memperkasaan Unit Amal

KUMPULAN SASARAN
1)Semua AJK Pemuda PAS Negeri ( Undangan VIP )
2)Semua AJK Pemuda PAS Kawasan ( Undangan VIP )
3)Seluruh ALP Jabatan Amal Negeri Kedah
4)Semua AJK Unit Amal Kawasan
5)Seluruh Unit Amal Negeri Kedah
6)Seluruh Briged Amal Sekolah Negeri Kedah
7)Seluruh Briged Amal Banat Negeri Kedah
8)Seluruh Kadet Amal Sekolah Negeri Kedah

TARIKH
16 hingga 18hb JUN 2011 – Khamis hingga Sabtu

TEMPAT
Kompleks PAS KEDAH

ACARA :
1.Pertandingan Kawad
2.Sukan Rakyat




Tentatif
16 / 06 / 2011 - Khamis
05.00 pm:Pendaftaran
07.00 pm:Solat Magrib
08.20 pm:Solat Isyak dan Makan Malam
09.30 pm:Taklimat
10.00 pm:Ceramah Motivasi
11.30 pm:Rehat

17 / 06 / 2011 - Jumaat
05.20 am:KEM Salahuddin
06.00 am:Solat Subuh / Kuliah Subuh
07.30 am:Sarapan Pagi / Fizikal Fitness
09.00 am:Pertandingan Kawad
12.30 pm:Khidmat Diri / Makan Tengahari / Solat Jumaat
02.30 pm:Sukan Rakyat
05.30 pm:Pendaftaran Unit Amal Kedah
06.00 pm:Solat Asar dan Minum Petang / Khidmat Diri
07.00 pm:Solat Magrib / Tazkirah
08.20 pm:Solat Isyak dan Makan Malam
09.30 pm:Persembahan Pentas
11.30 pm:Rehat

18 / 06 / 2011 - Sabtu
O5.20 am:KEM Salahuddin
06.00 am:Solat Subuh / Kuliah Subuh
07.30 am:Sarapan Pagi
08.00 am:Fizikal Fitness / Kawad
08.30 am:Pendaftaran Briged Amal Banat Sekolah
09.00 am:HIMPAK
:Pengerusi oleh Timbalan 2 Unit Amal Kedah
:Amanat oleh Pengarah Unit Amal Kedah
:Amanat oleh Ketua DPPNK
:Amanat oleh Pesurujaya PAS Kedah
12.00 pm:Kenduri Rakyat
:Solat Zohor
02.30 pm:Bersurai


17 / 06 / 2011 – Jumaat – JAM 3 PETANG
PERJUMPAAN KHAS ALP JABATAN AMAL KEDAH
BERSAMA ALP JABATAN AMAL PUSAT

Saturday, June 4, 2011

LIRIK LAGU TEMA BERSIH 2.0...DARI ABANG MAT SABU..

.



TURUN...TURUN...TURUN...TURUN..TURUN BN..
(TURUN BN))

 Isteri Tim.Perdana Menteri
Shopping di LONDON 200ribu pound..
kita tak boleh bersabar lagi..
diatas kemewahan pemimpin...

TURUN...TURUN...TURUN...TURUN..TURUN BN..
(TURUN BN)

 Mana ada Transport awam..
Mana Pengangkutan awam..
Mereka tipu belakang kita..

TURUN...TURUN...TURUN...TURUN..TURUN BN..
(TURUN BN)

Hari ini saya makan di daya bumi..
Nasi Kosong...1 ringgit 50 sen..
Nasik Kosong + ikan + sayur sudah 7 ringgit..
Mampukah rakyat hidup dengan harga sebegini rupa...?
(TIDAKKKKK...!!!)...

mampu atau tidak...?
(TIDAKKKK...!!)

TURUN...TURUN...TURUN...TURUN..TURUN BN..
(TURUN BN)

Bayangkan kita tak lama lagi..
dengan harga begini sepinggan nasi + perut kosong
paling kurang 10 ringgit mkn tengah hari...
10 ringgit mkn malam...
5 ringgit minum ptg...

GAJI KITA NAIK ATAU TIDAK??
(TIDAKKKK...!!!!)

GAJI KITA NAIK ATAU TIDAK??
(TIDAKKKK...!!!!)

TURUN...TURUN...TURUN...TURUN..TURUN BN..
(TURUN BN)

Beli kapal rasuah 500juta...
mahukah kita diam...?
(TIDAK....!!!)

Beli kapal terbang...rasuah 400juta..
mahukah kita diam...?
(TIDAK....!!!)

TURUN...TURUN...TURUN...TURUN..TURUN BN..
(TURUN BN)

lepas ini pihak protes dan lain-lain lagi NGO
akan buat himpunan...
kita semua nak turut serta atau tidak...??
(NAK...!!!)

kita akan turun atau tidak...?
(TURUN...!!)

kita akan turun sehingga pemerintah negara ini INSAF..
bahawa mereka telah dipilih oleh rakyat...

HIDUP...HIDUP...HIDUP RAKYAT....

HIMPUNAN RAKYAT AKAN BERKUASA...

-CHECKMATE-

Friday, June 3, 2011

Mat Sabu - timbalan; Salahuddin, Mahfuz, Husam - naib


Pemimpin akar umbi dan popular PAS Mohamad Sabu sebentar tadi diumumkan sebagai pemenang jawatan timbalan presiden parti yang sengit dipertandingkan itu.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Mohamad meraih 420 undi bagi mengalahkan dua calon ulama - iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

azlanPemilihan Mohamad (kanan) dikatakan yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS pada pilihan raya umum akan datang.
Ini kali kedua Mohamad Sabu yang popular dan cekap terutama dalam menganjurkan demonstrasi jalanan bertanding jawatan timbalan presiden PAS. Sebelum ini, golongan bukan ulama seringkali gagal dilantik ke jawatan berkenaan.
Naib presiden

Bagi barisan naib presidennya pula, Abdul Halim mengumumkan perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua ahli parlimen penyandangnya di jawatan itu -- Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

azlanSalahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi.

Bagi melengkapkan pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.

Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan -- menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.
AJK Pusat PAS
Bagi jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS pula, Abdul Halim mengumumkan 18 nama berikut:
Mazlan Aliman (884)
Dr Hatta Ramli (765)
Kamarudin Jaffar (739)
Hanipa Maidin (735)
Azizan Abdul Razak (721)
Dzulkefly Ahmad (702)
Mujahid Yusuf Rawa (651)
Khalid Samad (643)
Ghani Shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Mohd Amar Abdullah (470)
Mahfodz Mohamed (449)
Siti Mariah Mmahmud (445)
Hassan Mohamed Ali (437)
Abdul Ghani Abdul Rahman (430)
Nuridah Salleh (416)