Monday, January 31, 2011

Blog Sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah



Etika blogger ini jika dikaitkan dengan sumber-sumber dalil nas maka kita akan dapati betapa Islam menghargai penulisan dan tanggungjawab menulis atau menuturkan sesuatu samada dengan lisan, tulisan atau imej dan sebagainya. Allah berfirman dalam Surah al Qalam ayat 1:
ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ
“Nun demi pena dan catitannya.”
Dalam surah Qaf ayat 18 Allah menegaskan bahawa ;
مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
“Setiap perkataan yang dituturkan semuanya di bawah pemantauan Malaikat Tuhan Raqib dan Atid” .
Dalam Surah Yasin ayat 65 Allah menegaskan:
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Pada hari Kami menutup rapat mulut mereka, manakala tangan mereka mengatakan kepada Kami keperihalannya, kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan mereka yang lalu.”
Ini bermakna penulisan apa juga bentuknya mestilah disertai dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Manusia tidak terjerumus dalam neraka kecuali hasil penuturan lisan atau pengungkapan penanya. Seorang penulis blog umpamanya mestilah:
Mengikhlaskan niat menulis kerana Allah. Tulisan kerana Allah menghalakan kandungannya kepada suatu yang benar, betul dan berfaedah. Niat berkenaan mengangkat martabat penulisan itu sebagai ibadah yang diganjari oleh Allah dengan pahala dan kebaikan.

Wallahu a’lam
Ustaz Abdul Ghani Samsudin

————————————————————-
Kertas kerja ini dibentang bersempena Konvensyen Blogger PAS,  Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor.

Hasil Perjuangan ANAK, Generasi Kedua Dapat 500 Lot Tanah


PDFCetakEmel
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
WEDNESDAY, 19 JANUARY 2011 13:22
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucap tahniah kepada perjuangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh Saudara Mazlan Aliman Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang telah berjaya menampakkan hasil, sehingga memaksa Datuk Najib Tun Razak selaku orang yang menjaga urusan FELDA meluluskan peruntukan sebanyak RM8.5 juta untuk 500 lot  bagi generasi kedua Felda Johor.
PAS memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Seri Najib. Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam DUN Tenang. Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.
Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka Felda kesan daripada kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan BN. Semuanya hasil perjuangan melalui wadah ANAK. PAS yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan, ditambah dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantation yang dianggap tidak adil kepada rakyat.
PAS yakin stok penimbal Umno di Felda semakin reput, sebab itu tindakan Datuk Najib meluluskan projek di Tenang. Mungkin inilah risikan yang telah sampai kepada beliau, jika tidak generasi kedua akan beralih sokongan. PAS mengharapkan Datuk Seri Najib perlu juga mengumumkan peruntukan kepada generasi kedua selain daripada negeri Johor, kerana di seluruh negara terdapat 317 rancangan dengan bilangan 900,000 peneroka. Tidak adillah jika  peneroka Johor sahaja yang dapat, kebetulan ada pilihnaraya kecil Tenang, bagaimana pula nasib peneroka yang tidak ada pilihanraya kecil.
Walau bagaimanapun PAS yakin peneroka sudah celik maklumat, terutama generasi muda Felda. Selama setengah abad hak mereka  dinafikan oleh kerajaan BN. Sekarang baru kerajaan sedar untuk cakna kepada peneroka kerana BN tidak lagi boleh berada di zon selesa hasil daripada perjuangan ANAK di bawah kendalian PAS.
Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Kemana perginya gambar ust azizan laman web rasmi pejabat menteri besar.....

Menteri Besar Kedah pertama dilantik sejak 1 Februari 1948 iaitu selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.  Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, jawatan Menteri Besar terus wujud iaitu perlantikan yang diperkenankan oleh Sultan Kedah.  Lazimnya Menteri Besar dipilih oleh parti politik yang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah

 Menteri Besar Kedah Darul Aman (Kini)      

 Mantan Menteri Besar Kedah 
 
Y.A.B Dato' Seri Ustaz Azizan Bin Abdul Razak

Menteri Besar Kedah kesepuluh
(9 Mac 2008-Kini)

Y.A.B Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid (Dato' Seri Setia DiRaja)
Menteri Besar Kedah kesembilan
(22 Disember 2005-9 Mac 2008) 

Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah (Dato' Seri Setia DiRaja)
Menteri Besar Kedah kelapan
(12 Disember 1999- 22 Disember 2005)

Y.B. Tan Sri Sanusi Bin Junid
Menteri Besar Kedah ketujuh
(16 Jun 1996-November 1999) 

Tan Sri Haji Osman Bin Haji Aroff
(Dato' Seri Amar Diraja)

Menteri Besar Kedah yang keenam
(28 Januari 1985 - Jun 1996)

Dato' Seri Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin
Menteri Besar Kedah yang kelima
(13 Julai 1978 - 28 Januari 1985)

Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin
(Dato' Seri Maha Wangsa)

Menteri Besar Kedah ketiga
(24 Mei 1959 -1967) 

Haji Mohamad Sheriff Bin Osman
Menteri Besar Kedah pertama (1948-1954)

Tiada Istilah Perigi Cari Timba Dalam Islam

Orang kita selalu cakap lelaki yang sepatutnya terlebih dahulu luahkan perasaan dekat wanita jika jatuh cinta. Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’, 'terhegeh-hegeh' dan macam-macam lagi.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginannya?

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah meluahkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu langkah pertama. Yang penting, kena yakin dengan kesolehan, akhlak dan ketaatan lelaki itu pada Allah. Bukan dengan tujuan untuk menggedik atau kerana harta. Setelah yakin dengan pilihan hati itu, suarakanlah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, Alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Malu adalah sifat wanita. Sesungguhnya sifat malu itu dikurniakan pada setiap insan. Tapi biarlah malu itu pada tempatnya. Siapa yang memulakan langkah pertama terlebih dahulu samada lelaki atau wanita, itu tidak penting. Yang penting langkah sudah bermula. Ia sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sosial dan maksiat yang semakin menjadi-jadi di dunia akhir zaman ini. Tiada istilah perigi cari timba di dalam Islam. Sebaik-baik percintaan adalah bercinta selepas bernikah.

Wallahu'alam...

Perigi dan timba. Keduanya saling memerlukan..

SZ : Ada sesiapa nak merisik aku tak? Hehe..

MONDAY, JANUARY 31, 2011 Krisis Mesir: Pelajar Malaysia Dirogol..? Apa Tindakan Wisma Putra..?


Umum mengetahui yang dunia kini sedang kecoh dengan krisis yang melanda Mesir. Krisis paling buruk di bawah rejim Hosni Mubarak. Aku sendiri merasa gementar bila mengenangkan nasib mereka di sana. Tambahan ramai pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Ratusan kawan-kawan aku yang pernah belajar bersama di Maktab Mahmud Alor Star dan Kolej Universiti Insaniah juga ramai yang terperangkap di sana. Belum dikira sanak saudara aku lagi.



Berikut adalah realiti keadaan student Malaysia di Mesir sekarang. Maklumat ini dihantar oleh seorang student yang sempat online di sana sebelum internet disekat sepenuhnya.
  • mereka totally lost contact memandangkan internet & mobile network dah kena block.
  • balai polis dibom dan penjara telah dipecahkan dan ramai banduan berkeliaran.
  • ada rumah student yang kena rompak.
  • mereka kekurangan makanan.
  • ada pelajar kita dirogol di Cairo.
  • they are totally in unsafe condition.


Ada pelajar kita yang dirogol di Cairo? Astaghfirullah.. Aku harap sangat yang itu adalah berita palsu. Aku tak sanggup tahu siapa pelajar yang dimaksudkan tu. Nauzubillah...

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat dan baik-baik saja. Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku. Diminta kepada pihak goverment supaya bertindak dengan cepat. Tolong bawa balik students Malaysia. Ini bukan krisis biasa. Turkey, US, India are sending planes to evacuate their citizens in Egypt. Malaysia????

Sumber: http://www.solihinzubir.com/2011/01/krisis-mesir-pelajar-malaysia-kena.html

TPU - Tak mustahil Krisis di Tunisia & Mesir akan merebak sampai ke Malaysia sekiranya KERAjaan Pusat yang ada sekarang masih meneruskan corak pemerintahan yang ada sekarang.

Dari laman FaceBook rakan-rakan di Mesir, kita dapat berhubung dan bertukar-tukar maklumat beberapa ketika sebelum semua bentuk talian komunikasi lumpuh sepenuhnya setelah dihentikan keseluruhan operasinya oleh Rejim Mubarak yang takut akan kebocoran maklumat dan perkembangan disana.

Terakhir sekali kita mendapat berita diatas dan juga beberapa maklumat yang amat menyakitkan hati... ada seorang ibu kepada pelajar pengajian Islam di Mesir telah menghantar email kepada TPM mohon supaya dibawa pulang semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir untuk keselamatan mereka tetapi malang sekali apabila TPM atau pihak yang berkenaan sekadar memberi respon - KERAjaan hanya membawa pulang pelajar dibawah tajaan MARA & JPA manakala yang lain-lain tidak akan dibawa pulang kerana "Tiada kepentingan"...

Beb... ni KERAjaan Negara apa ni..? Negara Islam..? KERAjaan Amerika pada masa ini tergesa-gesa menghantar pesawat khas untuk mengangkut rakyatnya pulang ke Amerika tanpa mengira siapa mereka asalkan warganegara Amerika dan KERAjaan Negara Islam Malaysia pula memilih "bulu"... rupanya tidak semua rakyat Malaysia ini penting... sejak bila wujudnya "Kasta" ni..?

Terakhir Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa Pelajar-Pelajar & Rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat dan masih tiada keperluan untuk membawa mereka pulang. persoalannya, bagaimana Wisma Putra mengesahkan keadaan mereka..? adakah Wisma Putra telah berjaya menghubungi SETIAP PELAJAR & RAKYAT MALAYSIA di Mesir sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut..?

Dibawah ni aku pastekan beberapa maklumat dan respon yang dikutip melalui laman Facebook:
  • Rashid Abdul Rahim ibu seorang pelajar pengajian islam di al-azhar ada e-mail kt TPM.. suruh bawak balik semua student2 kt sane.. tau ape jawapan yg dia dpt?.. dia cakap kerajaan bawak balik student2 tajaan mara dan jpa sahaja.. yg kebanyakkan depa student2 medic anak2 dato'.. yg student pengajian islam katanya tiada kepentingan tuk dibawak balik.. wallah hu alam.. sumber dari kawan di mesir..
  • MamaRikishi NorwatiAriffin setau aku, pagi tadi berita bagitau, menteri dia kata tiada keperluan lagi utk bawak pulang pelajar malaysia di mesir. bukan ke menteri dia tu org umngok.dia nk tunggu mmg ada yg kena rogol baru nak bagi kenyataan " saya sangat kesal dengan apa yg berlaku" dh tu mmg ayat yg slalu digunakan
  • Adi Nordin tambah sikit topeng perak... kerajaan malaysia kata kalau pelajar malaysia nk pulang boleh tp hendaklah dibiaya sendiri tiket kapal terbang... pelik syarikat kroni nk lingkup boleh plak dorang bailout..
  • Nor Syuhada Jafry dapat cal adik d mesir td tp trputus, katanya bekalan makanan smakin brkurang, kedai pasaraya drompak, keselamatan xtrjamin, keta kebal polis n tentera da sj kat jalan2 utama, adik sy course Medic tajaan JPA namun xda prncangan pun utk bawa mreka balik, mak ayah sy risau spnjang masa..km hnya blh berdoa n solat hajat bila TPM kata kau nak balik sila biaya sndiri
  • Nor Syuhada Jafry nak p bank amik duit pun xboleh mcm mn nak beli tiket balik, then kedutaan nasihatkan pinjam duit kawan, aduhai kawan 2 pun nak guna duit la dlm keadaan darurat ni
Tu baru rintihan dan luahan dari segelintir mereka yang keluarga mereka terperangkap dalam Krisis di Mesir... jangan sampai mereka-mereka ini pula yang menjadi pemangkir kepada kebangkitan Rakyat Malaysia yang menentang Pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri dan anak beranak sahaja... kalau Tunisia boleh berubah, Mesir hampir berubah, jangan ingat Malaysia tak kan berubah...

Beb... Berapa sangat la kos untuk bawa balik Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang dah Fat Lady Of Malaysia habiskan untuk joli..? berapa banyak sangatlah kos untuk selamtkan Rakyat Malaysia di Mesir berbanding dengan yang KERAjaan dah habiskan untuk selamatkan Syarikat Kroni yang dah nak mampos..?

Nak tunggu Rakyat Malaysia memenuhi jalanan dulu baru nak bertindak..? jangan sampai orang kata "Dah Terlambat..!"

Isteri pengarah MTD Anak Bukit telah kembali rahmahtullah

Tmn Aman Anak Bukit,31 jan (smkkk) -
Isteri kepada Pengarah MTD Anak Bukit Tuan Hj Abd Azim Hj Ahmad
iaitu Ustazah Jamilah Jaafar telah kembali ke rahmahtullah pada jam 7.00 pagi tadi.
Sebelum ini beliau adalah guru pasti di taman aman anak bukit dan manurut seorang daripada  waris ,saudara hashim ,kehilangan ustazah jamilah sangat dirasai berdasarkan perwatakannya yang mesra dengan anak-anak dan sangat mengambil berat seperti anak anak nya.








Pihak SEKTARERIAT MAJLIS KETUA KAMPUNG/KOMUNITI KAWASAN KUALA KEDAH  merakamkan takziah kepada Tuan Hj Abd Azim Hj Ahmad  dan keluarga sertamengharapakan beliau sekeluarga tabah dengan dugaan ini. Al-Fatihah. - mks.

AKU DAN TUGASAN


KUALA KEDAH - Beramal tanpa mengira fahaman politik itulah semangat yang senantiasa dibuktikan oleh anggota Unit Amal dimana jua mereka berada.
Penyelaras dan Timbalan Ketua Unit Amal Kuala Kedah, Mohd Fuad Lazim dan Khairul Mazdi Md Akhir turut membantu salah seorang remaja mangsa kemalangan bas rombongan wanita UMNO Kuala Kedah yang mengalami kemalangan di Plaza Tol Jelapang, baru-baru ini.
Remaja tersebut dibawa balik dari tempat kejadian dengan van tertera logo dan nama salah sebuah UMNO bahagian di Perak ke Kampung Kubang Jawi, Alor Janggus, dekat sini.
Sekalipun mengalami kecederaan teruk dibahagian kepala dan teresak-esak menangis, dia hanya diturunkan di masjid kampung berkenaan bersama empat mayat mangsa kemalangan.
Dua anggota Unit Amal ini mengangkat dan menghantar remaja tersebut ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar diiringi bapanya, Shafie, salah seorang tenaga kerja UMNO cawangan itu.

Sunday, January 30, 2011

LAPORAN LANGSUNG


4.29pm: Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.

4.00pm:
Bot dan trak lima tan milik tentera dan bomba digunakan untuk membawa pengundi ke SMK Kamarul Ariffin selepas hujan di tempat itu kembali lebat.

4.02pm:
Laluan dari Labis ke kg Paya Merah terputus apabila paras air naik sehingga 1 meter.

Trak tentera kini digunakan untuk membawa orang ramai ke pusat pembuangan undi, lapor SMS berita theSun.

3.40pm:
Sehingga jam 4 petang tadi, sejumlah 9,618 orang pengundi atau 65.19 peratus telah keluar mengundi.
NONE

Saturday, January 29, 2011

LAPORAN LANGSUNG

2.55pm: Walaupun hujan rengai-renyai di SMK Kamarul Ariffin, tetapi belum ada tanda-tanda trafik akan bergerak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal di Kompleks Institusi Pendidikan Tenang, tempat beliau mengadakan sidang media sebelum ini.

Sekolah berkenaan hanya di sebelah SMK Kamarul Ariffin.

Petugas BN cuba membawa trak ke institut itu bagi membawa Muhyiddin beredar.

2.45pm
Di SMK Kamarul Ariffin, Bandar Labis Tengah, walaupun banjir, penyokong kedua-dua calon masih bersemangat menyanyi, bersorak dan mengejek sesama sendiri.

Mereka juga bergilir-gilir mengucapkan "Gong Xi Fa Chai" (Selamat Tahun Baru Cina) dan "kamsia" (terima kasih) kepada pengundi.

2.37pm
Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.

2.26pm:
DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor and SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.

2.16pm: Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".

NONE2.12pm: Hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, kini meningkat ke paras pinggang.

Sementara itu, menurut laporan RTM, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof, masa pengundian tidak akan dipanjangkan.

Katanya, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membanti mengangkut pengundi dengan kenderaan berat.

Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.

1.42pm:
Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.

NONE1.20pm Jalan kecil antara jalan utama dan SMK Kamarul Ariffin dinaiki air sehingga paras paha, menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat memasuki.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pacuan roda dan lori yang berjaya mengangkut pengundi masuk dan keluar pusat pengundian.

Hujan sudah berhenti di sekitar sekolah itu tetapi langit masih mendung.
Tenang: Peratusan mengundi 55.36%, hingga 1pm
Jan 30, 11 8:06am
Kongsi 100
Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

azlanSebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

LAPORAN LANGSUNG


2.12pm: Hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, kini meningkat ke paras pinggang.

Sementara itu, menurut laporan RTM, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof, masa pengundian tidak akan dipanjangkan.

Katanya, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membanti mengangkut pengundi dengan kenderaan berat.

Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.

1.42pm: Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.

NONE1.20pm Jalan kecil antara jalan utama dan SMK Kamarul Ariffin dinaiki air sehingga paras paha, menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat memasuki.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pacuan roda dan lori yang berjaya mengangkut pengundi masuk dan keluar pusat pengundian.

Hujan sudah berhenti di sekitar sekolah itu tetapi langit masih mendung.

1.12pm: Pemimpin DAP mula panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina, memaksa seruan mengundi dikeluarkan.

"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis," tulis anggota parlimen Serdang Teo di laman Twitter.

Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis: "Secara keseluruhan, peratusan keluar mengindi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30am.”

12.48pm: Hujan menjadi sumber rezeki di Tenang hari ini di mana seorang peniaga menjaja payung di sepanjang rumah kedai di Jalan Segamat, pada harga RM12 tiap satu.

NONE12.52pm Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus.

12.40pm: Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 12 tengahari meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.

12.09pm Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Seri Wee Ka Siong berkata hujan lebat di Tenang mengingatkannya kepada peristiwa banjir besar di Johor pada Disember 2006 dan Januari 2007.

"Harap ia tidak berlaku lagi," tulisnya di laman Twitter.

NONE12.08pm: Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis.

"Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulisnya di laman Twitter.

11.40am: Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.

NONEDi Jalan masuk ke Ladang North Labis juga ditenggelami air kira-kira sekali dalamnya.

11.36am: Menurut twitter Loges Mohan - isteri ketua pemuda MIC T Mohan - Jabatan Pertahanan Awam dikerah ke Kampung Tenang untuk memindahkan 62 keluarga yang terperangkap kerana banjir.

Manakala twitter ketua Pemuda MCA yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siang pula menyiarkan foto banjir sepanjang Jalan Segamat-Labis.

NONE11.30am: Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

11.15am: Calon PAS Normala Sudirman berkata beliau berfikiran "positif" dengan peluang untuk menang.

"Proses pengundian berjalan dengan lancar. Walaupun keadaan hujan lebat, saya tengok pengundi masih bersemangat.

"Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan, kita nanti keputusan ini dengan penuh debaran," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin.

NONENormala Sudirman ditemani ketua muslimat PAS Pusat Nuridah Salleh dan suami calon Maarof Abd Mutalib.

Wartawan Malaysiakini bertanyakan khabar Maarof, beliau dengan ramah berkata "Alhamdulillah, sihat".

Setakat ini, Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian.

11.07am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang akhbar pada bila-bila masa di Kompeks Pendidikan Labis di Bandar Labis Tengah.

11.05am: Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.

NONESPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing.

11.00am Walaupun hujan lebih di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir. sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turn sejak malam tadi.

10.52am: Ekoran hujan lebat, beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki.

NONEAnggota polis bertugas mengawal lalulintas dan memaklumkan kepada para pengguna mengenai keadaan banjir di situ.

10.45am: Di SMK Kamarul Ariffin, pengundi berpayung ke pusat pengundian. Sebahagian besar penduduk di kawasan sekitarnya adalah terdiri daripada masyarakat Cina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kanan) mengunjungi khemah SPR di luar pusat pengundian dan mengambil peluang itu untuk bersalaman dengan pengundi.

10.35am: Pintu masuk ke pusat pengundian di SK LKTP Tenang sesak seperti pasar dengan kedua-dua anggota Puteri Umno dan pekerja PAS mengiringi pengundi keluar dari kereta untuk ke pusat tersebut.
NONEKawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tenang turut ditenggelami air hujan.

10.20am Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.

"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.

Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.05am Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.

NONETimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.

9.55am Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang.

NONE8.50am Calon BN Azahar tiba 'disambut' laungan sindiran "jangan lelong tanah saya" di Kampung Paya Merah.

8.40am Cubaan penyokong PAS mendirikan khemah berdekatan dewan sebaguna Kampung Paya Merah dihalang polis.

9.40am: Menurut seorang pekerja parti DAP Lim Swee Kuan dalam laman Twitter, peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.

NONE9.30am Keadaan mula meriah dengan laungan takbir dan "Hidup BN" kira-kira 100 penyokong bersilih ganti di di SK Pekan Air Panas, Pekan Ayer Panas.

Hujan terus terus mencurah-curah, dijangka naik ke paras kaki tidak berapa lama lagi.

9.25am Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

NONEDengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

8.55am Calon BN Azahar membuang undi di Kampung Paya Merah dengan neneknya berusia 95 tahun.

8.40am Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.

Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.

8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

NONEDi Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.

"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.

Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

8.00am Peti undi dibuka.

Dah Memang Betul Jahiliyah, Nak Marah TGNA Buat Apa?


Rais gesa Melayu, Islam tidak diperlekeh Nik Aziz

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menegaskan pelakuan seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah hanya dilakukan ketika zaman jahiliah.

Beliau berkata Mursyidul Am PAS itu tiada hak untuk menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, jauh sekali melabelkan mengundi yang memilih parti lain selain PAS sebagai orang jahiliah.

"Ini adalah kata-kata yang tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Mursyidul Am dan saya percaya ramai di dalam PAS tidak setuju dengan pandangan beliau. Menteri Besar itu akhir-akhir ini sudah jadi pengeluar fatwa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2011 di Shah Alam hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong di Labis dua hari lalu, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Sehubungan itu, Rais berkata sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam khususnya menilai Mursyidul Am PAS itu dengan sebaiknya dan tidak lagi diperlekehkan oleh beliau.

"Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih partinya (PAS) dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak".

Rais berharap pengundi di Tenang tidak terperdaya dan membiarkan diri mereka diperkotak-katikkan dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu. - Bernama

Ulasan GB

Manusia boleh dinilai sebagai ahli syurga atau neraka berdasarkan perlakuan dan sikap yang mereka tunjukkan semasa di atas dunia lagi.

Telah banyak disampaikan oleh Allah dan RasulNya melalui Al-Quran dan Hadith mengenainya, tetapi adakah para penimpin UMNO khususnya Rais Yatim sendiri ada membaca Al-Quran dan Hadith?

Apabila tiada membaca kedua-duanya memanglah tak ditemui ayat-ayat mengenai ahli-ahli syurga dan neraka, dan justerunya boleh langgar semua hukum-hukum Islam hatta sampai menzalimi dan berlaku kejam ke atas sesama umat.

Kerana enggan untuk membaca Al-Quran dan Hadithlah maka wujud sistem pemerintahan UMNO BN yang berlagak bijak dan berlagak pandai, menganggap mereka lebih bijak dan lebih pandai daripada Tuhan mereka. Memperlakukan sewenang-wenangnya ke atas rakyat tanpa memperdulikan neraca pahala-dosa. Itulah jahiliyah namanya. Maka Allah sendiri yang menzalimkan, memfasiqkan dan mengkafirkan mereka melalui ayat-ayatnya. ". . . . . . . Waman lam yahkum bima anzalallah, faulaika humul kafirun. . . . . . .Waman lam yahkum bima anzalallah, faulaika humuldh dhalimun. . . . . . . Waman lam yahkum bima anzalallah, faulaika humul fasiqun." (QS. Al Maidah, 5 : 44, 45, 47).

Jangan marah TGNA, marah Tuhan yang tuduh demikian.

Saya dengan rendah hati meminta, samada Rais Yatim sendiri, atau lebih baik PM dan TPM, supaya beratur dan bergilir-gilir membaca Al-Quran melalui siaran TV yang kamu, Rais, ada kuasa pada bila-bila masa terhadapnya. InsyaAllah kami akan menunggunya dan kami akan meminta Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz menarik semula tuduhannya apabila seorang demi seorang perdengarkan bacaannya.

Jika tidak, MEMANG kamu-kamu jahiliyah!

Thursday, January 27, 2011

Kajilah semula sejarah Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka “FULL TIME” sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai pendidik, peniaga,dan sebagainya, jangan kita menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.