Etika blogger ini jika dikaitkan dengan sumber-sumber dalil nas maka kita akan dapati betapa Islam menghargai penulisan dan tanggungjawab menulis atau menuturkan sesuatu samada dengan lisan, tulisan atau imej dan sebagainya. Allah berfirman dalam Surah al Qalam ayat 1: ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ “Nun demi pena dan catitannya.” Dalam surah Qaf ayat 18 Allah menegaskan bahawa ; مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ “Setiap perkataan yang dituturkan semuanya di bawah pemantauan Malaikat Tuhan Raqib dan Atid” . Dalam Surah Yasin ayat 65 Allah menegaskan: الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ “Pada hari Kami menutup rapat mulut mereka, manakala tangan mereka mengatakan kepada Kami keperihalannya, kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan mereka yang lalu.” Ini bermakna penulisan apa juga bentuknya mestilah disertai dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Manusia tidak terjerumus dalam neraka kecuali hasil penuturan lisan atau pengungkapan penanya. Seorang penulis blog umpamanya mestilah: Mengikhlaskan niat menulis kerana Allah. Tulisan kerana Allah menghalakan kandungannya kepada suatu yang benar, betul dan berfaedah. Niat berkenaan mengangkat martabat penulisan itu sebagai ibadah yang diganjari oleh Allah dengan pahala dan kebaikan. Wallahu a’lam Ustaz Abdul Ghani Samsudin ————————————————————- Kertas kerja ini dibentang bersempena Konvensyen Blogger PAS, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor. |
Kajilah semula sejarah Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka “FULL TIME” sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai pendidik, peniaga,dan sebagainya, jangan kita menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka
Monday, January 31, 2011
Blog Sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment