Wednesday, March 2, 2011

REALITI REVOLUSI DI YAMAN






Semalam penulis dan 2 orang kawan berkesempatan untuk pergi ke kedai buku Khalid Al Walid di hadapan City Mart, Dairy. Dalam perjalanan ke sana kami terpaksa melewati ribuan manusia yang berkampung di kawasan berkenaan sepanjang hampir 3 kilometer bermula dari persimpangan kedai buku Al Jadid sehingga ke persimpangan City Mart. Anggaran hampir 5 ribu manusia berada di kawasan itu dalam protes menggesa Presiden Ali Abdullah Salleh meletakkan jawatan.

Sepanjang perjalanan ke kedai buku penulis dan kawan2 tidak melepaskan peluang untuk melihat keadaan di sekitar tempat berkenaan yang banyak didirikan khemah untuk penginapan. Suasana yang berbeza dengan 2 hari lepas menyaksikan pertambahan luar biasa mereka di situ. Dalam perjalanan ke sana kami dikejutkan dengan bunyi kereta polis dari arah City Mart, penulis dan kawan2 terpaksa bergegas dengan cepat untuk sampai ke kedai buku memandangkan banyak kedai yang menutup pintu kedai apabila mendengar kehadiran polis ala-ala FRU, namun kami dihalang oleh pengawal keselamatan di situ bagi mengelakan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.Akhirnya kami mengambil jalan belakang untuk sampai ke kedai buku Khalid Al Walid.


Kesempatan menjual daun khat juga tidak ketinggalan


Bersila mendengar ucapan

Dalam kejadian yang berlaku semalam apabila kedengaran bunyi menandakan kehadiran polis, kami terdengar pula wisel yang memberi isyarat kepada penunjuk perasaan di situ tanda kehadiran anggota polis. Maka ramailah penunjuk perasaan yang berkumpul di persimpangan City Mart sambil melaungkan ungkapan '' Wahai ALI Turun - Turun '' dengan penuh semangat, dan sekali lagi penulis dan kawan2 tersekat dalam lautan manusia.

Syeikh Abdul Majid menegaskan bahawa protes atau tunjuk perasaan merupakan salah satu dari cabang jihad di mana kita dalam usaha '' Amar Makhruf Nahi Munkar ''. Menurut syeikh lagi kalau Presiden Ali Salleh sayangkan rakyat maka beliau harus akur dengan kehendak rakyat dan beliau perlu mengambil ikhtibar dengan apa yag telah berlaku di Tunisia, Mesir dan yang terbaru di Libya. Penulis juga mendapat maklumat bahawa rakyat disini hanya menanti kejatuhan Presiden Libya, dan ianya akan menjadi inspirasi dalam kebangkitan rakyat Yaman.

Semasa dalam perjalanan pulang pula setelah selesai urusan di kedai buku, kami berkesempatan mendengar ucapan beberapa pemimpin yang sedang memberi semangat kepada para penunjuk perasaan dan kedengaran suara seorang budak yang memberi ucapan dengan disambung laungan takbir. Penulis sempat bertanya tentang seorang yang telah terkorban pada hari kemarin dalam revolusi di Adden, dan jawapan yang diterima adalah benar, bahawa kemarin ada seorang yang terkorban. Menurut beliau ini merupakan sunnah dalam perjuangan sepertimana yang dilalui oleh para Anbiya' dan sahabat2 dalam menegakkan agama yang tercinta ini, menurut beliau juga Nabi S.A.W. sendiri pernah mengalami kecederaan dalam peperangan Uhud.

Semakin hari kami dapati semakin ramai yang mengikuti protes ini dan pada hari Jumaat kemarin bandar Diary digegarkan dengan himpunan ratusan ribu manusia dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Penulis mendapat maklumat pada 3 malam yang lepas 2 orang pelajar Malaysia telah terperangkap dalam keadaan tembak menembak yang berlaku diantara 2  pihak, namun   kedua - dua pelajar berkenaan selamat dan tidak mengalami apa2 kecederaan. Maklumat yang diterima juga pada malam yang sama tetapi di waktu yang masih awal 2 orang sahabat yang ke Dairy telah dipanggil oleh penunjuk perasaan disana dan diceritakan mengenai apa yang terjadi dan bakal terjadi seterusnya dibawa ke khemah yang menempatkan Abang kepada seorang yang telah tekorban dalam revolusi untuk memberi ucapan takziah.


Dilihat kini hampir setiap masjid  melakukan Qunut Nazilah disetiap rakaat terakhir dalam solat memohon kesejahteraan dan keselamatan dari ALLAH S.W.T. Oleh  itu marilah sama -sama kita mendoakan agar ALLAH menyelamatkan kita umat islam di dunia dan akhirat, semoga segala yang terjadi ini berkesudahan dengan baik. Kami juga memohon doa dari keluarga dan masyarakat Malaysia agar kami diberi pelindungan oleh ALLAH. Insyaallah sehingga kini keadaan masih lagi terkawal dan akan berahhir dengan cara yang baik sepertimana yang diharapkan oleh semua pihak insyaallah.


SUASANA SEKITAR REVOLUSI YAMAN















                                                     











 Antara khemah yang didirikan


















Wassalam.
Dicatat oleh Islam Iman & Ihsan di 7:02 AM 0 ulasan

No comments:

Post a Comment