Sesungguhnya solat kita ada bermacam macam perlakuan ketika melaksanakannya sehingga ada orang menanggap perlakuan yang dilakukan itu membatalkan solat tersebut, padahal dia tidak tahu bahawa anggapan itu belum pasti samaada benar-benar batal atau tidak. Di sini saya akan kongsikan beberapa perlakuan yang jika dilakukan tidak akan membatalkan solat seseorang itu. Semoga dengan maklumat ini akan menjadikan kita lebih berhati hati sebelum menjatuhkan hukum yang belum pasti.
1) Menangis atau merintih : Samaada kerana sakit atau takut kepada Allah S.W.T.
2) Berpaling muka sahaja ketika perlu : Jika tidak perlu, hukumnya makruh. Ianya tidak membatalkan solat. Akan tetapi jika memalingkan muka beserta dada dari arah kiblat, maka solat tersebut akan terbatal. Demikian kerana menhadapkan dada kearah kiblat merupakan syarat sah solat.
3) Membunuh binatang berbahaya seperti ular dan kalajengking: Nabi ada bersabda di dalam HadisNya dari Abi Hurairah r.a yang berbunyi :
- اقتلوا الأسودين في الصلاة؛ الحية والعقرب
4) Bergerak sedikit ke kanan atau ke kiri atau kehadapan: seperti untuk memenuhkan ruang yang kosong dalam solat berjemaah dan sebagainya. Adapun jika bergerak ke belakang, adalah tidak dibolehkan langsung.
5) Mendukung kanak-kanak : Nabi S.A.W pernah mendukung cucu perempuannya iaitu anak kepada Zainab ketika solat. Apabila Baginda rukuk atau sujud, akan diletakkan semula cucunya itu. Begitu juga Nabi pernah melakukannya terhada cucuNya Hassan dan Hussin.
6) Menjawab salam dengan isyrat ringan : seperti dengan menggunakan jari, tangan atau keduanya. Begitu juga boleh dengan tunduk sedikit kepala sebagai isyarat menjawab salam. Cara ini telah diajar oleh Nabi S.A.W.
7) Mengucap tasbih oleh lelaki dan menepuk tangan oleh perempuan : Demikian ialah untuk memberi teguran kepada imam yang melakukan kesalahan dalam bacaan atau perbuatan.
8) Membaca surah selepas bacaan Fatihah dengan melihat Al-Quran : Boleh melakukan demikian samaada meletakkan Al-Quran di hadapan atau memegang Al-Quran kecil di tangan dengan pergerakan kecil sahaja.
9) Hati teringat kepada perkara-perkara lain di luar solat : Apabila hati sibuk memikirkan perkara lain, solatnya tetap sah dan ada pahalanya. Jika solat dengan khusyuk pahalanya akan lebih lagi. Apapun seseorang yang solat itu adalah lebih baik menghalakan segalanya ke arah Allah S.W.T termasuk hatinya bukannya anggotanya sahaja. Cara khusyuk itu boleh dilakukan dengan memahami dan memikirkan ayat ayat yang dibaca.
Demikianlah 9 perkara yang mungkin mengelirukan sesiapa sahaja yang tidak tahu. Semoga dengan paparan ini akan menambahkan lagi pengetahuan kita semua.
Rujukan :Kitab فقه المرأة المسلمة oleh Ibrahim Muhammad Hassan Aljamal
No comments:
Post a Comment