Sunday, December 4, 2011

Ukhuwah senjata kita .

Al Kisah kedatangan seorang ahli penasihat negara  di nantikan oleh hadirin yang terdiri dari panglima dan pembesar Rom. Sebelum ini mereka merancang untuk menyerang Negara Islam kerana mereka dapati sedang berlaku perpecahan di antara pengikut Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah. 
 Lalu apabila pendapat mereka diutarakan di hadapan penasihat tersebut, mereka hampa kerana penasihat agong itu tidak bersetuju dengan mereka. Penasihat tersebut meminta mereka datang ke arena perlawanan pada keesokan hari.
 Setelah semua hadir, penasihat agong telah melepaskan dua ekor anjing yang sama besar dan kuat. Setelah itu berlaku pertempuran sengit dan menyebabkan luka antara keduanya. Sedang berlaku pertarungan, penasihat agong telah melepaskan seekor serigala dari sebuah kurungan.
 Sebaik sahaja dilepaskan serigala tersebut, kedua-dua anjing berhenti bertempur dan masing-masing menerpa ke arah serigala dan menghalaunya.
 Akhirnya kesemua panglima dan pembesar Rom bersetuju dengan pendapat penasihat agong mereka.
 Pernah Sayidina Muawiyah mengutus surat kepada Rom agar jangan menyerang Negara Islam. Sedang ketika itu masih berlaku pertelingkahan antara tentera Muawiyah dan Sayidina Ali.  Kata Sayidina Muawiyah  dalam suratnya :
 “Jangan sesekali kamu menaguk di air yang keruh, kerana sekiranya aku mahu, aku akan serahkan jawatan aku kepada sahabatku Sayidina Ali dan aku sanggup  menjadi anak panahnya untuk dilancarkan kepada tentera kamu”.

Friday, December 2, 2011

Wahai Pemimpin Janganlah berbalah pada perkara yang remeh

Tanggungjawab terlalu berat

Bagi kamu perbalahan di antara kamu adalah satu asam garam dalam memastikan keputusan atau tindakan yang akan diambil itu mantap dan kukuh. Tapi bagi orang awam itu suatu gempa kuat yang menakutkan. Secawan air yang tumpah itu bagi kamu tidak ada kesannya , tapi bagi semut-semut yang kecil ia adalah banjir besar. 

Letaklah dirimu pada tempat yang sewajarnya. Jadilah busur yang bersedia pada apa jua tempat yang diajukan. Jangan ada unsur menghina dalam kata kritik. Jangan ada unsur menjadi jagoan dalam memberi pendapa


Sebuah hadis Sahih yang disepakati oleh Bukhari dan Muslim dari Abdur Rahman bin Zaid beliau berkata :

Kami solat bersama dengan Usman bin Affan radiallahuanhu di Mina empat rakaat. Maka ditanya kepada Ibnu Mas'ud akan tindakan Usman lalu Ibnu Masud membaca Inna lillahi wainna ilaihi rajiun dan berkata " Aku solat bersama Rasulullah di Mina dua rakaat, bersama Abu Bakar dua rakaat dan bersama Umar pun dua rakaat. Mudahan beruntung aku dapat solat dari empat rakaat dua rakaat yang diterima"

Dalam riwayat Abu Dawud : ada orang bertanya kepada Ibnu Masud " Kamu mengejek Usman tapi kemudian kamu juga solat empat rakaat?.Dijawab Ibnu Mas'ud "Khilaf/perbalahan itu suatu yang buruk/jahat".

Dalam riwayat Baihaqi : Ibnu Mas'ud menjawab " Aku benci pada Khilaf/perbalahan".

Tuesday, November 29, 2011

Fakta Perjalanan Hijrah Rasulullah S.A.W

Bermula Hijra
Dari rumah Abi Bakar dan keluar dari rumah ini menggunakan pintu belakang.

Waktu bergerak :
Selepas waktu Isyak sebelum tengah malam.

Orang yang mengetahui tentang hijrah Nabi pada hari Nabi berhijrah :
4 orang iaitu :
Abu Bakar

Aisyah binti Abu Bakar

Asma' binti Abu Bakar

'Ali bin Abi Tolib

 

Penunjuk Jalan upahan untuk ke Madinah:
'Abdullah bin Uraiqed

Tukang khidmat Nabi sewaktu perjalanan :
'Amir bin Fuhaira pekerja Abu Bakar.

Orang yang tahu tempat persembunyian Nabi di Gua Hira':
Asma binti Abu Bakar

Abdullah bin Abu Bakar

Abdullah bin Uraiqed

'Amir bin Fuhairah

 

Tempat perhentian Nabi sepanjang perjalanan :

Gua Hira : tiga hari

Perkhemahan Ummu Ma'bad : Berhenti sebentar minum susu Quba' : Tiga hari



Upah bagi orang yang dapat menangkap Nabi S.A.W :
100 ekor unta

Perisik Nabi untuk mengetahui pergerakan orang Kafir Mekah :

'Abdullah bin Abu Bakar

 

Orang yang Berjaya menjejak Nabi S.A.W:
Suraqah bin Malik


Penghapus jejak Nabi S.A.W:
'Amir bin Fuhairah dengan membawa kambing-kambing


Peta perjalanan Hijrah Ke Madinah :



Orang yang pertama melihat nabi sampai di Quba' :

Seorang lelaki berbangsa yahudi

 

Sampai di Quba'  perbatasan Madinah :

Hari Selasa 9 Rabeul Awwal

Bagaimana orang Madinah dapat bezakan antara Nabi dan Abu Bakar:

Nabi berhenti berteduh di bawah pokok kurma, bila matahari menegak Abu Bakar segera memayungi nabi dengan selendangnya. Maka dari situlah orang kenal yang mana satu Nabi dan mana satu Abu Bakar.

 

Tempat rehat Nabi ketika di Quba :

Rumah bujangan Saad bin Haithamah. Dikenali rumah bujngan kerana pemuda-pemuda Muhajirin yang masih bujang rajin singgah di rumahnya.

Pembinaan masjid quba’ :

Pada hari ketiga selepas Nabi tiba di Quba’

Nabi tinggalkan Quba dan menuju ke Madinah :
Hari jumaat iaitu pada 12 Rabeul awwal, hari keempat selepas tiba di Quba’   


Perjalanan Nabi masuk Madinah dan berhenti :



Tempat perhentian awal Nabi sebaik sampai di Madinah :

Rumah Abi Ayub Al Ansory

 

Tapak Masjid Nabawy :

Dibina di atas tapak rumah peninggalan anak-anak yatim iaitu terdiri dari Sahl dan Suhail bin 'Amru di bawah belaan Muaz bin 'Afra’

 


 

Siapa Pimpin Siapa

Seorang menteri di sebuah Negara Arab telah solat Maghrib di belakang seorang Imam masjid berhampiran tempat kediaman beliau. Imam tersebut adalah seorang Alim . Imam telah membaca surah yang agak panjang . Setelah selesai solat menteri tadi telah menghampiri Imam dan berbisik kepadanya : Imam, Kalau boleh bacalah sepotong ayat sahaja setelah baca Fatehah.

Setelah Iqamat Isyak,Imam sempat memandang ke arah menteri di belakangnya. Menteri tersebut menyambut pandangan Imam dengan mempamerkan mimik muka seolah mengingatkan Imam akan bisikan beliau sebelumnya.

Setelah membaca fatehah di rakaat pertama, Imam membaca ayat berikut dan kemudian terus ruku’. Ayat itu berbunyi :



Pada rakaat kedua pula Imam membaca ayat berikut sebelum ruku’:

Setelah selesai solat menteri itu terus berjumpa Imam dan berkata padanya : "Terserah Imam mahu baca ayat-ayat yang pendek atau panjang tapi yang penting bukan dua potong ayat dalam solat Isyak tadi".

Tuesday, October 25, 2011

selasa, 01 November 2011 MAJLIS PENYERAHAN LEMBU SENPENA HARI RAYA KORBAN 2011/1432H OLEH YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

Sekali untuk tahun ini , Jabatan Amal Kedah dipertanggungjawabkan dalam kerja-kerja pengagihan lembu korban kepada penerima seperti Bomba, ATM, JPAM dan Penjara.
Kerja yang bermula seawal 1 pagi dan berakhir jam 12 tengahari. Seramai 50 anggota unit amal kedah yang terlibat. Program yang diketuai oleh Mohd Fuad Lazim kali ini lebih tersusun dan cepat memandangkan kerjasama sepenuhnya yang diberi oleh petugas dan penerima lembu.


Sebahagian Petugas

Taklimat dan Penerangan Sebelum Mula Bertugas

Agihan Tugasan

Panjat Lori bagi memindahkan Lembu

Lembu dipindahkan dari Lori Pembekal ke Lori Penerima


Lebih 366 ekor Lembu

Timb Pengrah 1 dan Timb Pengarah 4

Urusan Pendaftaran oleh Mat Leha dan Safirol

Sewaktu Perpindahan dipastikan Lembu tidak cedera

Persekitaran yang kotor dan berbau..


Pak lang , Bendahari dan Timb Pengarah 2


Memeriksa Jumlah Lembu yang telah di ambil

Pengalaman yang cukup berharga

Sebahagian lori yang beratur menunggu giliran


Ketua segala operasi - mohd fuad lazim





Saturday, October 15, 2011

ERTI IJTIHAD PADA BRAINSTORMING



16/10/2011 – MKK, Kula Kedah
BRAINSTORMING (16/10/11)
Sama ada sedar atau tidak, apabila kita melakukan brainstorming, Islam telah lebih lama memperkenalkan konsep ini iaitu ‘Ijtihad’. Ijtihad bermakna put all of our effort on our mind progressingBrainstormer atau Mujtahid itu boleh juga  dianggap sebagai kumpulan pemikir atau think tank kepada sesuatu perancangan. Dari aspek psikologi, brainstorming adalah suatu proses manusia memanfaatkan akal yang telah dikurniakan oleh Tuhan (generate our mind) dalam merangka sesuatu perancangan yang bukan sahaja kreatif tetapi juga inovatif. Semakin kuat seorang brainstormer membuahkan idea dengan baik, semakin kuat juga suatu keputusan yang kritikal dan baru dapat dicapai, tanpa menjadi pak turut kepada idea-idea yang lampau.
Berdasarkan pengalaman saya, sesi brainstorming yang baik ialah dengan tidak membezakan jawatan atau entiti kumpulan yang diwakili. Ertinya, jangan ada sebarang pandangan yang dikeluarkan atas sentimen kepentingan jawatan, menafikan kerja yang sepatutnya dilakukan atau menghentam kerja-kerja yang tilah tersilap dilakukan. Khususnya menyerang peribadi pekerja bukan kerja pekerja. Maklumat dan pandangan perlulah dilihat sebagai suatu yang objektif, ikhlas, genuine, tidak bias, dan terjamin keasliannya.
Sesungguhnya, dalam sesi brainstorming, semua cadangan adalah mungkin dan berpotensi. Brainstormer akan memaksa akalnya untuk mengeluarkan idea-idea yang mencapah bahkan idea yang di luar kotak adalah sangat digalakkan. Jangan ‘sekat’ idea-idea yang cuba dikeluarkan walaupun idea yang diberikan kelihatan tidak logik atau tidak sesuai. Ini akan merencatkan potensi yang ada pada brainstormer. Kadangkala, sampai kepada suatu tahap di mana idea yang dikeluarkan oleh brainstormer seolah-olah idea yang dangkal, bodoh, tidak logik dan gila! Tidak mengapa selagi ia masih lagi dalam kerangka proses percambahan idea kerana kadangkala pandangan sebegini berkemungkinan menjadi idea yang paling realistik dan tajam yang mungkin tidak pernah kita fikirkan.
Seelok-eloknya, sesi brainstorming dihadiri oleh orang lama atau mereka yang ahli dan berpengalaman yang mampu memberikan maklumat, data dan tasawur terhadap subjek yang ingin dibincangkan. Dengan mengambil kira ia sebagai suatu maklumat, brainstormer akan mencari suatu jalan dan keputusan yang paling ideal untuk masa kini. Elakkan daripada bertaklid membuta tuli kerana ia akan melahirkan brainstormer yang malas dan mematikan potensi akal untuk berfikir sesuatu yang baru. Apabila malas berfikir, kita akan jadi malas berijtihad. Apabila malas berijtihad, kita tidak akan mampu menemui strategi baru dan tidak dapat membuat sebarang perubahan kearah yang lebih baik . Sebab itu kita lihat strategi dan aksi-aksi yang dibuat oleh gerakan mahasiswa seringkali menjadi langkah ikutan parti-parti politik nasional.
Kaedah brainstorming yang baik ialah dengan cara setiap brainstormer memakai kasut yang pelbagai agar pandangan dan cadangan yang diberikan lebih tepat dan mencakupi kepelbagaian kelompok yang terlibat. Dalam membincangkan sesuatu subjek kemungkinan keputusan yang terhasil akan berhadapan dengan beberapa kelompok.
Namun, apa yang sering mencacatkan sesi brainstorming ialah sifat ‘ego’ dalam mempertahankan pandangan yang mewakili statusnya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang dari mulut yang berjawatan tinggi dan diberi komen oleh orang yang lebih bawah jawatannya… Maka bermulalah pandangan yang dipengaruhi emosi sehingga meninggalkan rasional. Walaupun idea itu biasa-biasa sahaja. Mungkin pekerja yang jawatannya lebih rendah mampu memberi idea yang lebih bernas. Namun, kerana hierarchy system yang menyatakan orang bawah dilihat ‘bodoh’ orang atas dilihat ‘pandai’, maka impaknya, keputusan tidak masak kerana tiada ketelusan dan keaslian semasa memberi pandangan.
Justeru, seorang brainstormer yang baik ialah mereka yang mampu memberikan pandangan daripada pelbagai sudut kelompok yang bakal didepaninya atas keputusan yang akan dibuat. Brainstormer yang baik adalah yang tidak terperangkap dalam kelompok perbincangan sebaliknya melihat skop perbincangan dari luar dan keseluruhan. Kelak keputusan yang akan dibuat bukanlah sekadar “ikut sedap hati” sahaja. (syok sendiri).

kerja2 Penbinaan parit konkrit di kg mergong km4 jln putra telah siap sepunuhnya

Wednesday, August 10, 2011

BETULKAH SEMENANJUNG RAYA DAHULU DARI SABAH /SERAWAK?



Pemuda dan pemudiku bakal Pemerintah Negara. 

Kebiasaannya jika kita raya lewat sehari dari Arab Saudi, 

maka riuh rendahlah umat Islam kerana tidak mengerti.... 

ada yang berkata "Raya pun umat Islam tak boleh bersatu". 

Lebih mengejutkan, pada tahun ni 1432H Allah Taala jadikan 

fenomena tersebut berlaku di Malaysia sendiri. 

Berdasarkan kepada kiraan Astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, 

hari raya di Semenanjung tak sama dengan Sabah Sarawak. 

Semenanjung Malaysia akan berhari raya pada 30/8/2011 (Selasa) 

Manakala di Berunai, Sabah danSarawak, Filifina dan Sulawesi akan 

beraya pada 31/8/2011(Rabu) TERMASUK Pulau Tioman. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ikuti huraian yang dibuat 

Oleh Ahli Falak Syarie, Ustaz Tuan Hj Mohd Fauzi Tahir, yang juga 

Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Serai menerusi animasi mengikut 

kiraan ilmu Falak (Astronomi) di bawah. 

Jika masih tidak faham boleh berhubung terus dengan beliaumelalui 

talian telefon : 019 5711158 


 

Terima Kasih kepada Ustaz Tuan Hj Fauzi Tahir atas animasi power point yang 

disediakan kepada saya melalui email yang sampai pada jam 5.22 pagi 

(10 Ramadhan 1432/10 Ogos 2011) dan berpesan agar ia dibuat dalam bentuk 

read only agar tidak diedit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab 

(maka saya penuhi hajatnya dengan diubah kepada format 

video yang telah di upload ke Youtube) 


Tuesday, August 9, 2011

Tgh hari tadi sempat melawat kerja2 Penbinaan parit konkrit di kg mergong km4 jln putra

KAMPUNG MERGONG  8 Ogos – Masalah banjir kilat yang menghantui penduduk sekitar Kg hujung Mergong di sini sejak setahun lalu selesai apabila JPS Kota Setar meluluskan peruntukan  bagi membaiki sistem perparitan di kawasan itu. Ketua Kg Mergong, Fuad Lazim berkata, peruntukan itu akan digunakan bagi kerja-kerja menbina longkang Konkrit bermula dari Restoran pak da sehingga ke Sungai hujung Mergong.








Sunday, August 7, 2011

'Ke mana perginya wang zakat kita?'

ULASAN Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu. 

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.
Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.
Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.
Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.
Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.
Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu. 

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.
Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?
Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!