Sunday, December 4, 2011

Ukhuwah senjata kita .

Al Kisah kedatangan seorang ahli penasihat negara  di nantikan oleh hadirin yang terdiri dari panglima dan pembesar Rom. Sebelum ini mereka merancang untuk menyerang Negara Islam kerana mereka dapati sedang berlaku perpecahan di antara pengikut Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah. 
 Lalu apabila pendapat mereka diutarakan di hadapan penasihat tersebut, mereka hampa kerana penasihat agong itu tidak bersetuju dengan mereka. Penasihat tersebut meminta mereka datang ke arena perlawanan pada keesokan hari.
 Setelah semua hadir, penasihat agong telah melepaskan dua ekor anjing yang sama besar dan kuat. Setelah itu berlaku pertempuran sengit dan menyebabkan luka antara keduanya. Sedang berlaku pertarungan, penasihat agong telah melepaskan seekor serigala dari sebuah kurungan.
 Sebaik sahaja dilepaskan serigala tersebut, kedua-dua anjing berhenti bertempur dan masing-masing menerpa ke arah serigala dan menghalaunya.
 Akhirnya kesemua panglima dan pembesar Rom bersetuju dengan pendapat penasihat agong mereka.
 Pernah Sayidina Muawiyah mengutus surat kepada Rom agar jangan menyerang Negara Islam. Sedang ketika itu masih berlaku pertelingkahan antara tentera Muawiyah dan Sayidina Ali.  Kata Sayidina Muawiyah  dalam suratnya :
 “Jangan sesekali kamu menaguk di air yang keruh, kerana sekiranya aku mahu, aku akan serahkan jawatan aku kepada sahabatku Sayidina Ali dan aku sanggup  menjadi anak panahnya untuk dilancarkan kepada tentera kamu”.

Friday, December 2, 2011

Wahai Pemimpin Janganlah berbalah pada perkara yang remeh

Tanggungjawab terlalu berat

Bagi kamu perbalahan di antara kamu adalah satu asam garam dalam memastikan keputusan atau tindakan yang akan diambil itu mantap dan kukuh. Tapi bagi orang awam itu suatu gempa kuat yang menakutkan. Secawan air yang tumpah itu bagi kamu tidak ada kesannya , tapi bagi semut-semut yang kecil ia adalah banjir besar. 

Letaklah dirimu pada tempat yang sewajarnya. Jadilah busur yang bersedia pada apa jua tempat yang diajukan. Jangan ada unsur menghina dalam kata kritik. Jangan ada unsur menjadi jagoan dalam memberi pendapa


Sebuah hadis Sahih yang disepakati oleh Bukhari dan Muslim dari Abdur Rahman bin Zaid beliau berkata :

Kami solat bersama dengan Usman bin Affan radiallahuanhu di Mina empat rakaat. Maka ditanya kepada Ibnu Mas'ud akan tindakan Usman lalu Ibnu Masud membaca Inna lillahi wainna ilaihi rajiun dan berkata " Aku solat bersama Rasulullah di Mina dua rakaat, bersama Abu Bakar dua rakaat dan bersama Umar pun dua rakaat. Mudahan beruntung aku dapat solat dari empat rakaat dua rakaat yang diterima"

Dalam riwayat Abu Dawud : ada orang bertanya kepada Ibnu Masud " Kamu mengejek Usman tapi kemudian kamu juga solat empat rakaat?.Dijawab Ibnu Mas'ud "Khilaf/perbalahan itu suatu yang buruk/jahat".

Dalam riwayat Baihaqi : Ibnu Mas'ud menjawab " Aku benci pada Khilaf/perbalahan".