Sunday, December 4, 2011

Ukhuwah senjata kita .

Al Kisah kedatangan seorang ahli penasihat negara  di nantikan oleh hadirin yang terdiri dari panglima dan pembesar Rom. Sebelum ini mereka merancang untuk menyerang Negara Islam kerana mereka dapati sedang berlaku perpecahan di antara pengikut Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah. 
 Lalu apabila pendapat mereka diutarakan di hadapan penasihat tersebut, mereka hampa kerana penasihat agong itu tidak bersetuju dengan mereka. Penasihat tersebut meminta mereka datang ke arena perlawanan pada keesokan hari.
 Setelah semua hadir, penasihat agong telah melepaskan dua ekor anjing yang sama besar dan kuat. Setelah itu berlaku pertempuran sengit dan menyebabkan luka antara keduanya. Sedang berlaku pertarungan, penasihat agong telah melepaskan seekor serigala dari sebuah kurungan.
 Sebaik sahaja dilepaskan serigala tersebut, kedua-dua anjing berhenti bertempur dan masing-masing menerpa ke arah serigala dan menghalaunya.
 Akhirnya kesemua panglima dan pembesar Rom bersetuju dengan pendapat penasihat agong mereka.
 Pernah Sayidina Muawiyah mengutus surat kepada Rom agar jangan menyerang Negara Islam. Sedang ketika itu masih berlaku pertelingkahan antara tentera Muawiyah dan Sayidina Ali.  Kata Sayidina Muawiyah  dalam suratnya :
 “Jangan sesekali kamu menaguk di air yang keruh, kerana sekiranya aku mahu, aku akan serahkan jawatan aku kepada sahabatku Sayidina Ali dan aku sanggup  menjadi anak panahnya untuk dilancarkan kepada tentera kamu”.

No comments:

Post a Comment