GUNUNG KERIANG, 14 Julai 2011 Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Anak Bukit Menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan yang memberi kemudahan kepada penduduk sekitar selain merapatkan hubungan dengan agensi kerajaan serta swasta.
Program julung kali ini diadakan di Nat Khamis gunung keriang dan telah dirancang sebulan yang lalu. Menurut ketua Penerangan Pkwr Dun Anak Bukit, Sdr Fuad Lazim, antara agensi yang terlibat termasuklah
Syarikat Air Darul Aman (SADA),Jabata Kebajikan (JKM), Amanah Raya, Biro Bantuan Guaman, syarikat telekomunikasi dan Unit Perubatan Islam yang menyediakan Rawatan Percuma“Sambutan dari penduduk setempat amat menggalakkan terutamanya golongan warga emas.
Lokasi yang kita pilih juga sangat strategik kerana ia menjadi tumpuan penduduk terutama
diwaktu pagi,”.
Selain di Gunung , beliau juga memaklumkan aktiviti sedemikian akan diperluaskan di seluruhmukim di Dun Anak Bukit.
“Mungkin di masa akan datang, selain dari memberi khidmat untuk pembayaran bil-bil
setempat, ruang pameran turut dirancang untuk membolehkan penduduk kampung mendapat
lebih banyak maklumat dan maklum balas,” ujarnya lagi.
Tambahnya, program sedemikian selain memberi kemudahan kepada penduduk setempat
ianya juga memberi peluang kepada MKK mendekatkan diri dengan penduduk.
No comments:
Post a Comment