Tuesday, February 1, 2011

Kehidupan Ku | Apa itu politik?

1 Feb 2011  


Sana sini orang sibuk bercerita tentang politik. Itu politik, ini politik. Apa sebenarnya maksud politik itu? Jom baca petikan artikel kat bawah ni.


-

Pada suatu malam, Ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?".

Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita, ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak.

Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Ana itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat ibunya sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Dilihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.

Jemu mengejutkan ibu yang lena, si anak mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka pintu bilik pembantu rumah, si anak melihat si ayah berada bersama-sama dengan pembantu rumah. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu sarapan pagi esoknya, Si ayah bertanya kepada si anak "Dah faham apa itu politik?"

Si anak yang sedang makan dengan selambanya menjawab "Dah".

Lantas si ibu mencelah "Jadi apa dia politik tu?"

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab.
"Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan perkerja. Akibatnya rakyat terabai dan masa depan bergelumangan dengan najis. Itu lah politik"otak umnooo be end dah lebih 50 tahun merdeka masih begini,  hahahhah.............

No comments:

Post a Comment