Kajilah semula sejarah Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka “FULL TIME” sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai pendidik, peniaga,dan sebagainya, jangan kita menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka
Saturday, February 5, 2011
Kepada ustaz-ustaz,tolong jawab ,,,,,,,,, Tipu Pejabat Zakat?
Baru-baru ni ada sahabat bertanya mengenai hukum membuat helah dalam memohon zakat.
Katanya ada individu yang menyambung pangajian di IPTA memohon bantuan zakat dari majlis
Agama Islam Negeri. tetapi dia telah berbohong dengan mendakwa dia belajar secara full time
sedangkan dia masih bekerja dan belajar secara part time. dengan alasan itu dia telah dapat
bantuan zakat secara penuh sedangkan dia mempunyai gaji tetap dan sepatutnya tidak layak
mendapat zakat secara penuh.
Dalam hati saya berkata, ada juga orang menipu duit zakat! Yang buat pula tu lepasan agama!
Teringat saya masa belajar dulu ramai juga rakan-rakan yang dah dapat biasiswa tetapi masih
memohon wang zakat.
Pihak institusi zakat mungkin terlepas pandang lalu ramai juga yang dapat double bantuan
pendidikan mereka.
Persoalannya ialah boleh ke kita ambil zakat yang bukan hak kita?
Imam Al-Nawawi di kitab Raudhah Al-Tolibin ada menyebut
bahawa sesiapa yang tersalah mengambil zakat yang bukan haknya
dia wajib memulangkannya kerana hukunya adalah haram!
Catatan Zuridan Mohd Daud at 11:51 2 comments Links to this post
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment